Thursday, November 17, 2011

pakaian wanita dari sudut pandangan lelaki..

assalamualaikumwarahmatullah...
bertemu kembali D'POYO.FM yang pastinya saya akan menghangatkan anda dengan pelbagai kehangatan..haha..ye saya mula bergurau ye...em apa yg saya ingin kongsi di sini peringatan untuk saya,saudara2 perempuan saya dan semualah,...huhu,,walaa...
tuan2 dan puan2 sekalian..bila dok cerita tentang pakaian ni,,biasalah..zaman moden ni semua pun suka fesyen terutama perempuan..saya suka tapi,,mesilah menjaga tatasusila berpakaian bagi islam..haa..ni nak mula celoteh dah..hah..kita kena beringat pakailah cantik mana pun utk diri dan pandangan manusia tapi jika kita tak jaga pandanga dn penilaian allah terhadap kita...hush!! saya pun takut tuan2 jd ni yg nak kogsi ni..moga saya dn tuan2 dapatlah mula menjaganya yek?? hehe...jom dengari celoteh saya yg tak berrapa nak banyak ni.. :)  





        Allah telah menjadikan manusia ini berpasang-pasangan. Malam pasangannya siang, jaga pasangannya tidur, rajin pasangannya malas dan lelaki pasangannya perempuan. Kerana perempuan adalah pasangan kepada lelaki, maka Allah telah menciptakan bentuk badan wanita itu dapat memikat hati lelaki. Bila berkata tentang terpikat, maka ia ada hubung kait dengan nafsu. Jika ia ada hubungkait dengan nafsu, ianya ada hubungan pula dengan bisikan syaitan. Jadi untuk mengawal nafsu, mestilah dikawal dengan iman. Untuk mendapatkan iman mesti menurut perintah Allah dan RasulNya dan menjauhi laranganNya.

        Pada mata lelaki tuan2 dn puan2, perempuan ini adalah simbol.. Simbol apa?? Saya yakin tuan2 dn puan2 memahaminya.. Orang lelaki mempunyai imaginasi yang nakal jika tidak dikawal dengan iman. Maka mata lelaki ini selalu menjalar apabila terlihat seorang perempuan. Setiap bentuk badan seorang perempuan boleh dihayati oleh seorang lelaki dengan berbagai-bagai tafsiran nakal nafsu. Betul tak?? Haa...  Apabila seorang lelaki terlihat seorang perempuan, maka perkara pertama yang akan dilihatnya ialah rambut wanita berkenaan. Maka akan ditafsirlah berbagai2 cara oleh seorang lelaki akan rambut wanita berkenaan. Antaranya : “kalau rambut dia pendek mesti comel ni..baru kena dengan muka”.  Oleh kerana itulah wanita wajib menutup rambutnya. Tuan2 dn puan2 yg dihormati,,fitnah yang tidur bila bangkit,,menggila tuan2..

      oh ye,, Apabila rambut wanita itu telah ditutup, maka mata lelaki itu akan turun ke bawah melihat bentuk lehernya, maka wajiblah wanita itu menutup lehernya. Nanti macam2 tafsiran yg di buat. Fitnah pula timbul. Maka mata lelaki itu akan turun lagi melihat bentuk payu daranya, maka wanita itu berkewajipanlah menutup bentuk payu daranya dengan melabuhkan tudungnya. Setelah itu mata lelaki akan turun lagi melihat bentuk ramping pinggangnya, maka labuhkanlah pakaian supaya tidak ternampak bentuk pinggangnya, maka mata lelaki itu akan melihat pula akan bentuk punggungnya, maka wajiblah wanita itu membesarkan pakaiannya agar bentuk punggung tidak kelihatan, dan lelaki itu akan pula melihat bentuk pehanya, maka janganlah sesekali wanita itu memakai kain yang agak ketat sehingga terlihat bentuk pehanya walau sedikit, maka akan dilihat lagi oleh lelaki itu akan bentuk kakinya pula, maka janganlah wanita itu berseluar, kerana terus-terang pihak lelaki bercakap, walau muslimah itu bertudung labuh, berbaju labuh, jika beliau memakai seluar, walau nampak besar sedikit, nafsu kami lelaki akan terusik secara sepontan, entah tak tahu kenapa?? Haha.. saya lelaki tuan2..dan maka..haha..berapa banyak maka lah...huhu...

      oh ye tuan2 dn puan2 yg saya kasihi,, Mata lelaki ini nakal, setelah tidak ternampak akan bentuk badannya hingga ke peha, maka akan dilihatlah pula akan mata lelaki itu kepada kakinya, maka wajiblah wanita itu untuk menolong lelaki itu tidak berdosa, menutup kakinya dengan melabuhkan kain, atau memakai stokin yg warnanya
jangan sesekali berwarna kulit perempuan
, maka mata lelaki ini akan kembali ke atas, akan melihat pula bentuk tangan wanita itu, maka, tolonglah wahai muslimah, agar melabuhkan tudung menutupi bentuk tangannya yang indah pada pandangan lelaki. Maka wahai lelaki, janganlah pula kamu melihat mukanya, kerana ia akan menimbulkan fitnah, kecuali jika kamu wahai lelaki, ingin meminangnya. Jika wanita itu cukup solehah, takut mukanya yang cantik akan menimbulkan fitnah, maka berpurdahlah kamu, jika itu lebih baik untuk kamu.

       Tetapi mata lelaki ini ada satu lagi jenis penyakit, iaitu mata lelaki itu akan tertangkap dengan sepontan jika ia terlihat warna yang menyerlah atau terang jika ianya berada pada perempuan. Maka oleh itu wahai perempuan, tolonglah jangan memakai pakaian yang warnanya terang-terangan sangat. Jika hendak pakai pun, pakailah untuk suami.

      Itulah wahai muslimah, jika anda semua ingin tahu apakah dia mata lelaki itu, dan perlu diingatkan, jika semua aurat telah ditutup, jangan anggap tugas kita telah selesai, perlulah pula kita menjaga kehormatan diri masing2, jangan keluar seorang2, keluarlah dengan mahram, atau keluarlah sekurang2nya 3 wanita agar tidak diganggu gangguan luar, insyaAllah selamat dunia akhirat.

       Dunia sekarang telah banyak yang cacat celanya, sehingga ke taraf seseorang yang memakai tudung tapi tidak menutup aurat, dan pada kaum lelaki, mata kamu itu wajib untuk tidak mencuri2 melihat wanita muslimah, kerana ia dilarangi oleh Allah SWT.
 insya allah bersama kita menutup aurat dengan sebaik baiknya.. mcm ni..........................................>>> 




Ingat-ingatkanlah wahai muslimin muslimat.



mudah-mudahan segala amalan kita akan di terima allah..berusahalah ke arah itu dan jangan terlalu remehkannya.. i love you all..because of love ......saya pun kobgsi semua ni... tq lah sudi baca...
moga ke temu lagi hanya D'POYO.FM

4 comments:

syuf said...

bila bce nih, rse cm x bestlah plak kan.. ke mana dan di mana sje (adanya lelaki) akn m'jdi tumpuan.. tapi nilah relity dunia kini... tahniah u D'POYO.FM u info ni.. go0d...

aman D luffy asy-syarbaji said...

xnk nafikan... sy pn LELAKI.. tp perempuan pn buat yg sama ke?/ nanti share la... nk tahu juga.. takut pulak ada perempuan ngintai2 kat belakang.. :p
hehe.. agak poyo bunyinya...haha..tp msti ada laki yg baik tw...ni suma kena tahu...sebab sy masih igt surah an-nur ayt 26..... :)

syuf said...

hoh0oooo.....perempuan?? ade ke tak erk..?? nak tahu ke..??t sy pk2 kan...huhu...
ngintai tirai hati tu mungkin ada....hehehehee... ye..masih ada lelaki y baik.... tp nak cari yg baik tu yang tak dan lagi..huhu...
dan saya menyakini ayat ke-26, surah an-nur..
hehehe
insyaAllah

aman D luffy asy-syarbaji said...

ha ada t share..i.allah... :)

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...