Thursday, November 17, 2011

Tarbiyyah LUQMANUL HAKIM - SIRI 3

ye... anda bersama saya lagi D'POYO.FM.......... kita masih lagi membincangkan tentang tarbiyyah LuqmanulHakim.... lupa inform..............>>>>
(Rencana ini dipetik dari Seminar Perjumpaan Umum Muslimat di Universiti Malaya) tarikh lupa.. hehe...
 jom lah terus.... :)


SABAR

Kesabaran adalah suatu keperluan kerana untuk menegakkan keimanan, melaksanakan amal soleh,memperjuangkan kebenaran dan keadilan. emuanya bukanlah suatu yang mudah. Oleh itu, ia


sangat memerlukan kesabaran. Kesabaran dalam menghadapi hawa nafsu, musuh-musuh luar dansusah payah. Begitu juga kesabaran amat perlu dalam menempuh jalan perjuangan yang amat panjang dan semestinya mengikuti tahap-tahap yang teratur untuk menuju matlamat.

JANGAN SOMBONG

Sifat takabur adalah lahir daripada perasaan bangga diri yang merasakan dirinya lebih baik daripada orang lain. Biasanya seseorang yang takabur dikuasai oleh sifat-sifat buruk lain seperti taksub, mudah marah, dendam dan hasad dengki. Sebaliknya, Islam menganjurkan tawadduk kerana ia salah satu sifat terpuji yang amat digalakkan oleh Islam. Kalau takabur menjadi punca pertelingkahan dan perbalahan, maka tawaduk adalah pengikat yang menguatkan persaudaraan, mengukuhkan perpaduan serta melahirkan keselamatan dan ketenangan.

KESEDERHANAAN

Kesederhanaan dalam berjalan mengambarkan ketenangan dan kesopanan tingkah laku. Tenang dan sopan santun adalah buah daripada budi pekerti mulia yang sangat dituntut oleh Islam. Begitu juga melembutkan suara ketika bercakap adalah menjadi ukuran pekerti mulia.

SUDUT DAKWAH

Sesungguhnya setiap muslim dituntut supaya melaksanakan tugas menyuruh kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran. Firman Allah bermaksud:

"Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang ma'ruf dan mencegah daripada yang mungkar, merekalah orang-orang yang beruntung," (Surah Ali Imran: 104).

Pendidikan Luqman adalah pendidikan yang menyeluruh dan lengkap meliputi asas-asas aqidah, ibadat, akhlak dan dakwah. Sebab itu Allah telah merakamkan pendidikan Luqman itu untuk dijadikan contoh kepada umat Islam khususnya.

insya allah.. moga ada jalan yg baik untuk kita ye?? :)
D'POYO.FM

4 comments:

syuf said...

abis dah surah luqman............surah lain plak.. hehehhe

aman D luffy asy-syarbaji said...

hehe...insya allah..sy x la thiqoh mana thaqofah ilmiah yg di miliki...hanya berkogsi apa yg sy dpt dn dgr..i.allah yg sikit pn dpt jd guide dlm khdpn kita... :)

syuf said...

surah mulk plak....

aman D luffy asy-syarbaji said...

insya allah...ada ayt yg jd benteng tika pukulan di kubur yek?? ada saat sy akn cuba ngaji surah ni pula.. :)

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...