Friday, December 30, 2011

EPISOD 13 : Lagu Tema batch NUQLIUZ DARUL QURAN

Assalamualaikumwarahmatullah..


alhamdulillah bersyukur ke hadrat ilahi kerana masih lagi memberi kita nikmat iman dan islam.. selawat ke atas rasul junjungan muhammad s.a.w...


ye !! kita masih lagi dapat bertemu dan hingga kini saya akan terus menghangatkan kehidupan anda dengan pelbagai kehangatan ,, hak2... untuk episod kali ini saya ingin berkongsi lagu tema batch NUQLIUZ DQ 11/14.. 


erm... awal bulan 12,, 2 orang sahabat dari semester 2 kat tempat saya belajar (sdr zahidi razak dan azhar hilmi) ada bertanya tentang arrengement muzik.. mereka nak buat lagu tema sems mereka iaitu batch NUQLIUZ DARUL QURAN.....


saya sebenarnya amat berbesar hati kerana mereka menemui saya tika saya amat banyak lagi tak settle lagu2 tempahan..haha .. :p
gurau yek... jadi pada jumaat bertarikh 23/12/2011 saya membawa sahabat azhar hilmi bersama saya menemui cikgu ali yassin di studio magic eye's untuk tujuan itu...
bagi saya amat berbaloi buat muzik kat sini kerana bayaran yg murah terutama untuk seorang yg bergelar pelajar dan tidak bekerja.. hanya RM80.. :)


kami tiba di kg rimba terjun pontian pd jm 10.30pm.. tu gerak dari kuala kubu bahru dr jam 11.10am tu.. huhu.. agak letih tambahan kami redah hujan semata-mata nak pegi makan kat nasi ayam rengit,,hehe..


jadi malam itu juga kami rakam suara untuk lagu ini.. beliau sdr azhar hilmi memulakan dengan nada yang agak penat keletihan dan rakam kembali setelah agak selesa.. panas suara dulu.. :)


haa.. lagi satu,,untuk lagu kali ini bukanlah dari ciptaan saya cuma saya amat berbesar hati untuk kongsi bakat sahabat saya ni..


alhamdulillah tanggal 25/12/2011 selesai sudaah muzik bagi lagu ini... haa.. meh dengar...


 lagu dan lirik hasil ciptaan sdr Zahidi Razak nyanyian sdr Azhar hilmi..masing2 dari batch ini.. berbakat dowg ni..
arrengement muzik di studio magic eye's kg. rimba terjun pontian johor.. :)


leh dengar at link ni http://www.facebook.com/l.php?u=http%3A%2F%2Fwww.youtube.com%2Fwatch%3Fv%3D1efu_nsGExc%26feature%3Dyoutu.be&h=qAQGLwHPM

or tengok sini je.. hehe


video


dengarkan cerita lagu ni adalah langkah untuk mendapatkan keizinan jadi lagu tema batch.. belum rasmi.. tapi saya yakin ia akan jadi lagu rasmi batch adik2 NUQLIUZ.. amat bangga la pd entorang semua...


macam mana?? ni rentak ala2 mars.. soldier gitu...  huffaz ni berbakat.. seorang yg menghafaz quran sebenarnya lebih mantap dari pelbagai aspek.... bidang professional,akademik,aliran agama,quran malah bidang2 laiinnya.. saya bukan sekadar cakap kerana punyai sahabat yg begitu... ulama' itu boleh jd umara' tp umara' kadang2 sebenarnya tak dapat jadi ulama' ..  apa pun tiap dari kita punya seni berbeza dan kelebihan masing2.. terus berusaha yek!! :)


dan terus bersama saya hanya D'POYO.FM..

Wednesday, December 28, 2011

EPISOD 12 : album amal anak yatim - segamat johor - (PKAYIS)

Assalamualaikumwarahmatullahiwabarokatuh...


memanjatkan kesyukuran pd Tuhan sekalian alam.. Allah swt Tuhan yg maha berkuasa . tiap dr penciptaanNya amat hebat dan penuh hikmah..
selawat ke atas muhammad s.a.w utusan allah buat kita sekalian umat manusia..


yang saya hormati Tuan Haji Taher selaku YDP PERTUBUHAN KEBAJIKAN ANAK2 YATIM ISLAM SEGAMAT JOHOR (PKAYIS) serta barisan kepimpinan pentadbiran PKAYIS dan asrama DARUL SAADAH 2011.. adik2 penghuni asrama D.SAADAH serta hadirin hadirat yg dirahmati allah..


ye pastikan terus bersama saya hanya D'POYO.FM... lama juga sy x bersama blog saya..
owh untuk kli ni sy ingin cte tentang perancangan pertubuhan kebajikan anak2 yatim islam segamat johor utk 1 projek album amal kebajikan anak yatim.. haa,....
tanggal 22 JULAI 2011,, projek album amal kebajikan anak yatim ini bermula dengan penciptaan dan susunan lagu oleh saya pages/ARAZ-ARahman-Al-Hafiz-productions ..
dan seterusnya saya mulakan dengan latihan2 suara kpd adik2 asrama anak yatim PKAYIS..


maka dengan itu,, saya bakal menerbitkan 1 album amal ank yatim.. projek besar pertama saya dalam langkah menjadi seorang komposer..hik2.. segan lak..


tema bg album amal anak yatim ini adalah "MEMBANTU AKAN DIBANTU"..
dan album ini dinamakan dengan album "MELODI CINTAKU"....
nama kumpulan tak ada lagi lah.. huhu.. tak cari lagi.. insya allah.. otw ni.. :)


sebelum itu jutaan  terima kasih kepada YDP PKAYIS Haji Taher  serta ahli2 yg lainnya serta staf2 PKAYIS..
kak ngah yg selalu membimbing,,kak long,,ayah lang,,ummi nazilan,,ummi ramlah,,shahrizal,,ayah yazid,,kak zana dan semualah kakitangan PKAYIS dan pentadbiran DARUL SAADAH..
adik2 asrama Darul Saadah gemereh segamat johor.. terutama yang menyanyi cc to adik muhd fairuz,ahmad danial,hana,hafizul afiq, dan danial lee.
sahabat2 dari KOLEJ UNIVERSITI DARUL QURAN JAKIM... cc to fadzil ,, Amirza.Syah as penyanyi dan harmoni , sdr rafiqhanif90 as fotografi dan reka bentuk kulit album serta azhar.hilmi yg rajin buatkan klip video demo latihan lagu2..
dan semua yg menjayakan dari awal pelaksanaan hingga sekarang..


utk makluman album ini baru sahaja berjalan dan sekarang dalam proses rakaman suara utk album..
dlm album ini akan di muatkan 8 buah lagu hasil ciptaan saya sendiri dn terima kasih juga kpd penyumbang2 lirik.... sebagai seorang yang baru nak naik sebagai komposer,, amatlah sukar juga bagi saya utk mencipta lagu yg akan dimuatkan di dalam mana2 album dan ia nya sesuai di nyanyikan oleh adik2 anak yatim...ia kerana sy perlu memikirkan yg terbaik ... dan ia bukan sekadar persembahan atau pertandingan tetpi ingin di jual.. namun sy cuba juga dan amat berharap ia menjadi minat bagi pendengar.. tak pe.. yg penting sama2 betulkan niat.. membantu dan berdakwah dalam penyampaian mesej lirik2 lagu..


lagu2 yg akan ada dalam album ini : -


* SATU LANGKAHAN
* NURUL ISLAM
* JALINAN UKHWAH
* MEMBANTU AKAN DIBANTU
* PERMATA HATIKU
*MELODI CINTAKU
* KEMBALI KE JALANMU
* UMMATUN WAHIDAH


 untuk itu.. saya sertakan dahulu 1 lagu demo latihan dari 8 lagu.. dengarlah.... lagu demo  yg pertama (SATU LANGKAHAN)


komposer : a.rahman al-hafiz dan cikgu shida (guru SMAKS)
penulis lirik : a.rahman al-hafiz dan ahmad syaibani al-hafiz


boleh click link ini




http://www.facebook.com/l.php?u=http%3A%2F%2Fwww.youtube.com%2Fwatch%3Fv%3D1efu_nsGExc%26feature%3Dyoutu.be&h=OAQHIHKKY


atau tengok klip video di sini..


video




alhamdulillah.. itulah muzik demo latihan lagu yg pertama.. nantikan demo lagu yang lainnya....
doakan juga agar album ini berjalan dengan jaya dan lancarnya..
bersama kita membeli sambil menderma utk anak yatim..
serta memartabatkan industri nasyid tanah air kita...
sehingga bertemu lagi hanya D'POYO.FM...

Monday, December 19, 2011

SiRaH : kenali nabi kita

Assalamualaikum warahmatullahi wabarokatuh......
salam sejahtera salam iman dan salam ukhwah...
anda bersama saya lagi D'POYO.FM....
tuan2 dn puan2 yg di muliakan....
pada saat ini saya ingin bertanya kembali kepada diri saya sendiri dn mungkin tuan2 ingin mengimbau kembali sejarah2 lampau saat islam belum berkembang dan terus berkembang... tapi sebelum pada saat ini saya mahu bersama kalian mengenali dahulu nabi kita,, utusan allah kepada umat seluruh alam yg mana amat penting kita sebagai islam mengenali baginda s.a.w... jadi ayuh terus membaca artikel saya mengenai nabi kita muhammad s.a.w.. JOM!! :)




KENALI NABI MUHAMMAD SAW SECARA LAHIRIAH
----------------------------------------




Nabi Muhammad saw meskipun sama kejadiannya dengan kita, namun bentuk lahiriah dan rohaniahnya
tidak sama.
Begitu indahnya sifat fizikal Baginda, sehinggakan seorang ulama Yahudi yang pada pertama kalinya
bersua muka dengan Baginda lantas melafazkan keIslaman dan mengaku akan kebenaran apa yang
disampaikan oleh Baginda.


Diantara kata-kata appresiasi para sahabat ialah:


· Aku belum pernah melihat lelaki yang sekacak Rasulullah. Aku melihat cahaya memancar dari
lidahnya. Seandainya kamu melihat Rasulullah, kamu akan merasa seolah-olah sedang melihat
matahari terbit.


· Aku pernah melihat Rasulullah saw di bawah sinaran bulan. Aku bandingkan wajahnya dengan
bulan, akhirnya aku sedari bahawa Rasulullah saw jauh lebih cantik daripada sinaran bulan


· Rasulullah saw seumpama matahari yang bersinar. Aku belum pernah melihat lelaki setampan
Rasulullah saw.


· Apabila Rasulullah saw berasa gembira, wajahnya bercahaya seperti bulan purnama dan dari
situ kami mengetahui yang baginda sedang gembira.


· Kali pertama memandangnya, sudah tentu kamu akan terpesona


· Wajahnya tidak bulat tetapi lebih cenderung kepada bulat


· Wajahnya seperti bulan purnama


· Dahi Baginda luas, raut kening tebal, terpisah di tengahnya. Urat darah kelihatan
di antara dua kening dan nampak semakin jelas semasa marah.


· Mata Baginda hitam dengan bulu mata yang panjang


· Garis-garis merah di bahagian putih mata, luas kelopaknya, kebiruan asli di bahagian
sudut.


· Hidungnya agak mancung, bercahaya penuh misteri, kelihatan luas sekali pertama kali
melihatnya.


· Mulut baginda sederhana luas dan cantik


· Giginya kecil dan bercahaya, indah tersusun, renggang di bahagian depan.


· Apabila berkata-kata cahaya kelihatan memancar dari giginya


· Janggutnya penuh dan tebal menawan


· Lehernya kecil dan panjang, terbentuk dengan cantik seperti arca. Warna lehernya putih
seperti perak sangat indah.


· Kepalanya besar tapi terlalu elok bentuknya


· Rambutnya sedikit ikal
· Rambutnya tebal kadang-kadang menyentuh pangkal telinga dan kadang-kadang mencecah bahu
tapi disisir rapi
· Rambutnya terbelah di tengah


· Di tubuhnya tidak banyak rambut kecuali satu garisan rambut menganjur dari dada ke pusat


· Dadanya bidang dan selaras dengan perut. Luas bidang antara kedua bahunya lebih daripada
biasa  Seimbang antara kedua bahunya


· Pergelangan tangannya lebar, lebar tapak tangannya , jarinya juga besar dan tersusun
dengan cantik
· Aku tidak pernah menyentuh sebarang sutera yang tipis mahupun tebal yang lebih lembut
daripada tapak tangan Rasulullah saw.


· Perut betisnya tidak lembut tetapi cantik. kakinya berisi, di tapak kakinya terlalu
licin sehingga tidak melekat air. Terlalu sedikit daging di bahagian tumit kakinya.


· Warna kulitnya tidak putih seperti kapur atau coklat tapi campuran antara coklat dan
putih. Warna putihnya lebih banyak.
· Warna kulit Baginda putih kemerah-merahan
· Warna kulitnya putih tapi sehat


Kulitnya putih lagi bercahaya


· Binaan badannya sempurna, tulang-temulangnya besar dan kukuh
· Badannya tidak gemuk
· Badannya tidak tinggi dan tidak pula rendah, kecil tapi berukuran sederhana lagi kacak


· Perutnya tidak buncit
· Badannya cenderung kepada tinggi. Semasa berada di kalangan orang ramai, baginda
kelihatan lebih tinggi daripada mereka


· Sekalipun baginda miskin dan lapar tapi tubuhnya lebih gagah dan sihat daripada orang
yang cukup makan.Aku tidak pernah melihat seorang lelaki yang lebih gagah dan berani daripada Rasulullah saw.
Begitu hebat personaliti dan ketokohan Baginda saw., makhluk terpuji dan teragung di muka bumi.
Kesimpulannya Nabi Muhammad saw. adalah manusia agung yang ideal dan sebaik-baik contoh sepanjang
zaman.


MORAL & IKTIBAR


· Nabi Muhammad saw. adalah manusia terbaik pilihan Allah.
· Sifatnya yang terpuji merangkumi aspek fizikal dan rohani.
· Atas sifatnya yang superior inilah baginda dilantik menjadi pemimpin seluruh manusia di dunia ini.
· Baginda adalah manusia mithali yang serba lengkap dan serba kamil dan layaklah baginda tidak disentuh sebarang dosa lagi bersifat dengan maksum.
· Kepimpinan Baginda sepatutnya menjadi contoh teladan kepada semua manusia di muka bumi ini. Barangsiapa mentaati Allah tanpa mengakui kerasulan Nabi saw, nescaya Allah tidak menerima keimanannya.
Wallahuallam.


alhamdulillah sahabat2 yg dirahmati allah....
sungguh indah nabi kita..
sangat hebat..
bila mendengar kisah perjuangan baginda s.a.w yg perit pedih itu.... betapa kita dapat ketahui akan sengsara namun baginda s.a.w amat tabah.. subhanallah.. ya rasullullah.. memang kekasih allah... ya rasullullullah.. ingin kami bertemumu,,memelukmu,,menciummu dengan kasih.. bersalam denganmu..mendapatkan nasihatmu..bersamamu terus berjuang..


wahai sahabat2.. kini tiada lagi nabi kita wujud namun baginda saw telah meninggalkan warisan pusaka agung mukjizat baginda saw iaitu al-quran serta risalah kebenaran dari hadith2 baginda saw..
adakah kita sayang nabi kita?? adakah kita cinta nabi kita??
adakah kita ingin bersama baginda?? terus berjuang dengan baginda??
baginda yg maksum terus berjuang dan beramal..
ibadah baginda terulung tetap tak dapat kita tandingi namun baginda terus menerus tanpa lelah beramal dan berjuang..


ya allah.. pasti segala keperitan junjungan besar rasulmu amat banyak..
kami hamba2Mu pasti tak tertanggung sebegitu.. subhanallah.. ciptaanMu sangat agung ya allah..


ya allah.. kami ingin bertemu dengan nabi kami.. ketemukan kami dengan baginda bersama kasih sayang dan kerinduan yg amat terhadap nabi kami...


wahai sahabat2.. ayuh,,sayan menyeru diri saya serta sahabat2 yg lebih cerdik pandai serta mulia dari saya,, kita ada role model agung... warisan suci jangnlah kita tinggal.. jangn pernah miss membaca al-quran,,terbaik menghafaznya serta mengamalkannya,.. jika x mampu hafza,,jom kita amalkan isi2 al-quran serta sebarkannya.. begitu juga dengan hadith baginda saw....
wow!! anda memang hebat!! terus menerus menjulang dan memartabatkan agama.. saya juga ingin 1 saf bersama kalian meneruskan perjuangan rasullullah.. insya allah.. mudah2an kita diberkati dan dirahmati serta terus menerus mendapat hidayah daripada Allah..


umat islam anda terbilang,,ukhwah dimantapkan ummah diperkasa..


salam sayang dari saya kepada semua..bertemu lagi pada saat2 akan datang..hanya D'POYO.Fm... :)

Sunday, December 18, 2011

EPISOD 11: LaGu UkhWah withouT muSic

Assalamualaikum sahabat2 yang terus bersama saya lagi hanya D'POYO.FM...
ye yang pastinya saya akan terus bersama-sama anda dan menghangatkan dengan pelbagai kehangatan.... bukanlah ingin mengatakan ia satu kesempurnaan tapi saya haruslah mencuba.. begitu juga anda.. terus mencuba apa sahaja yang ingin kita lakukan.. hasilnya bukanlah masalah tapi keinginan mencuba itu.... 
pada episod lepas anda telah mendengar serta barangkali menyaksikan video klip saya tentang lagu UKHWAH.. ye tuan2 dn puan2 yg saya kasihi... pastilah suara saya tak sedap... takpe itu bukan masalah.... saya menyanyi anda dengar,, itu kesungguhan.. hehe...

saya bukan penyanyi.. hanya menggubah lagu,.... kalau nyanyian tak sedap...anda berjumpa saya.. saya rakam suara anda.... kalau lagu saya pula tak sedap.. anda komen part mana dan saya ubah.. kalau ada yang mahu saya jangan buat apa2.. saya MENOLAK,,haha... ia adalah hasrat dan kesungguhan saya... saya akan terus menerus.. saya cuma ingin mempamerkan hiburan islam yang saya fikir tidak mempunyai konsep hiburan yg leka... bahkan ia akan menjadi peringatan buat kita agar memikirkan tiap perkara yg baik bersama dalam menghayati lirik2 saya yek... ?? :)
jadi teruslah saksikan ye.. dengar dengan iman dan hayati lirik ini... (boleh tengok lirik dalam episod 10)



video


alhamdulillah... inilah lagu ukhwah.... seperti dalam liriknya mencerminkan mengenai ukhwah kasih sayang yg berpanjangan yg terus menjaga demi perpaduan....
seperti mana sabda nabi s.a.w mengenai ukhwah ini ibarat 1 jasad.. biila mana 1 jasad pasti dapat bersatu segalanya.. kita bersatu hati ... bila makna kata satu tuan2 yg saya kasihi.... bila ada perkara2 yg tak sependapat,,kita dapat selesaikan dengan baik kerana kita memikirkan jua uhkwah kita kan?? andai tak sependapat bukan bermakna kita musuh kan?? :)

apa pun.. anda sahabat saya sehati sejiwa... saya sayang semua lillah.. moga terus bersama saya hanya D'POYO.FM... :D

Saturday, December 17, 2011

isTimeWanYa WaniTa..

Assalamualaikum sahabat2 yang terus bersama saya hanya D'POYO.FM.... 

yang pastinya tika ini saya ingin berkongsi tentang wanita... bukan apa..  hati ini terasa ingin berpunya tapi saya belum lagi sedia untuk ke  "arah" itu... hehe.. saya yakin tuan2 dan puan2 faham mengenai hal ini.. hehe... 
sahabat2 yg mulia... kadang2 ada sesetengah wanita berkata bahawa PENCIPTAAN yg tidak adil kat dunia ni.. adakah yang mempunyai fikiran sebegitu sedar akan apa yang dikatakan itu barangkali merosakkan aqidah islamnya??

jadi saya D'POYO.FM ingin menjelaskan di sini masing2 ada keistimewaannya.. lelaki ada istimewanya dan begitu juga sebaliknya... Allah maha adil tuan2.... jadi.. jom saya nak ajak sama2 kita fikirkan realiti kehidupan... buat masa ini saya kongsikan mengenai istimewanya seorang wanita.. yelah.. kalau saya cerita tentang istimewa lelaki dulu nanti ada yang cerita belakang yang saya mempertahankan sejenis saya... jadi saya menghormati anda yang pengasih wahai wanita... :)



sepertimana yang saya dengar dari ceramah2 yang saya hadiri mengenai ini.. beberapa garis panduan telah saya dapati tentang istimewanya anda wahai muslimat2 kaum wanita... ANDA BEGITU BERHARGA.... :)


Istimewanya Menjadi Wanita.

Betapa bertuahnya menjadi wanita.
Bersyukurlah kepada anda yang menjadi wanita. Bacalah risalah ini dengan niat untuk diamalkan dan sampaikan kepada mereka yang lain. Insya Allah.

Istimewanya Wanita

1. Doa wanita lebih maqbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulallah s.a.w. akan hal tersebut, jawab baginda : "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia."

2. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1,000 orang lelaki yang tidak soleh.

3. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali.

4. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 lelaki soleh.

5. Barang siapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah s.w.t. dan orang yang takutkan Allah s.w.t. akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

6. Barang siapa yang membawa hadiah (barang makanan dari pasar ke rumah) lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedakah.Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah- olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail a.s.

7. Tidaklah seorang wanita yang haidh itu, kecuali haidhnya merupakan kifarat (tebusan) untuk dosa-dosanya yang telah lalu, dan apabila pada hari pertama haidhnya membaca "Alhamdulillahi'alaa Kulli Halin Wa Astaghfirullah- Segala puji bagi Allah dalam segala keadaan dan aku mohon ampun kepada Allah dari segala dosa." ; maka Allah menetapkan dia bebas dari neraka dan dengan mudah melalui shiratul mustaqim yang aman dari seksa, bahkan AllahTa'ala mengangkatnya ke atas darjat, seperti darjatnya 40 orang mati syahid, apabila dia selalu berzikir kepada Allah selama haidhnya.

8. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Rasulullah s.a.w.) di dalam syurga.

9. Barang siapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan, lalu dia bersikap ehsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa taqwa serta bertanggung jawab, maka baginya adalah syurga.

10. Daripada Aisyah r.ha. "Barang siapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya, lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka."

11. Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.

12. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibubapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.

13. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.

14. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung diudara, malaikat di langit, matahari dan bulan, semuanya beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya dan meredhainya. (serta menjaga sembahyang dan puasanya)

15. Aisyah r.ha. berkata "Aku bertanya kepada Rasulullah s.a.w. siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita ?" Jawab baginda, "Suaminya" "Siapa pula berhak terhadap lelaki ?" Jawab Rasulullah s.a.w. "Ibunya".

16. Seorang wanita yang apabila mengerjakan solat lima waktu, berpuasa wajib sebulan (Ramadhan), memelihara kehormatannya serta taat kepada suaminya, maka pasti akan masuk syurga dari pintu mana saja yang dia kehendaki.

17. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah s.w.t. memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya(10,000 tahun).

18. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah s.w.t. mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebaikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.

19. Dua rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.

20. Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa pada siang hari.

21. Wanita yang hamil akan dapat pahala beribadat pada malam hari.

22. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah s.w.t. mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah s.w.t.

23. Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah mengurniakan satu pahala haji.

24. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia daripada dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.

25. Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin, dia akan dikira sebagai mati syahid.

26. Wanita yang memberi minum susu kepada anaknya daripada badannya (susu badan) akan dapat satu pahala daripada tiap-tiap titik susu yangdiberikannya.

27. Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh (2 1/2 tahun), maka malaikat-malaikat di langit akan khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.

28. Jika wanita memberi susu badannya kepada anaknya yang menangis, Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa.

29. Wanita yang habiskan malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit akan mendapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.

30. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anak yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati anaknya Allah memberi 12 tahun pahala ibadat.

31. Apabila seorang wanita mencucikan pakaian suaminya, maka Allah mencatatkan baginya seribu kebaikan, dan mengampuni dua ribu kesalahannya,bahkan segala sesuatu yang disinari sang suria akan meminta keampunan baginya, dan Allah mengangkatkannya seribu darjat untuknya.

32. Seorang wanita yang solehah lebih baik daripada seribu orang lelaki yang tidak soleh, dan seorang wanita yang melayani suaminya selama seminggu, maka ditutupkan baginya tujuh pintu neraka dan dibukakan baginya lapan pintu syurga, yang dia dapat masuk dari pintu mana saja tanpa dihisab.

33. Mana-mana wanita yang menunggu suaminya hingga pulanglah ia, disapukan mukanya, dihamparkan duduknya atau menyediakan makan minumnya atau merenung ia pada suaminya atau memegang tangannya, memperelokkan hidangan padanya,memelihara anaknya atau memanfaatkan hartanya pada suaminya kerana mencari keredhaan Allah, maka disunatkan baginya akan tiap-tiap kalimah ucapannya,tiap-tiap langkahnya dan setiap renungannya pada suaminya sebagaimana memerdekakan seorang hamba. Pada hari Qiamat kelak, engkau dan dirinya.

34. Dunia yang paling aku sukai ialah wanita solehah.


alhamdulillah... dah tahu kan?? jadi anda ada istimewanya..jika ada dari anda wahai wanita mempertikai kejadian anda... ingatlah nasihat ini... serta jangan lupa aqidah wajib kita pelihara... moga kita sama2 ambil iktibar dari apa yang baik ... allahumtah 'alaina ila shirotil mustaqim...
teruskan lagi selepas ini hari ceria,suka dan duka anda hanya bersama saya D'POYO.FM..... :)



Friday, December 16, 2011

EPISOD 10 : LaGu UkHwAh - 2009 -

Assalamualaikum dn selamat menunaikan segala kewajipan..

alhamdulillah..kita masih diberi kesempatan utk terus bsama sy hanya D'POYO.FM yang pastinya sy akan terus menghangatkn anda dengan pelbagai kehangatan...

owh ye..sebelum ini anda telah mendengar lagu asrama bagi sekolah menengah sy (sekolah menengah agama al-khairiah segamat johor) jadi utk kali ini saya ingin mempersembahkan sebuah lagu yg saya cpta khas utk JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT,KUALA KUBU BAHRU thn 2009. ketika itu,,(JKM KKB) dtg ke tempat sy belajar di Darul QUran dn menemui sy utk menciptakan sebuah lagu nasyid utk satu pertandingan antara jabatan2 kebajikan masyarakat..dengan tema UKHWAH.. Lalu terciptalah lagu ukhwah ini.. em.. saat ini.. macam2 muzik dok berlegar menari di sekitar akal..huhu.. akhrnya jd juga.. dengar kata muzik utk lagu saya ni di susun oleh hairi gitaris kump.khalifah..tu depa yg cte laa.. sy x berapa pasti..yg yakin nasyid sy ketika itu dah bertukar verse NASYID ROCK... suara abg2 dn staf2 di JKM pn memang rock2 pun.. huhu... tp x sempat merakamkn kenangn bsama mereka.. yg pasti lagu sy telah memenangi kategori LAGU TERBAIK.. alhamdulillah.. LIRIK TERBAIK dengar cte di menangi oleh JKM SABAK BERNAM..  tapi maaflah semua..untuk kali ni saya tak dapat nak kongsikan nasyid verse ROCK tu.. sebab saya masih mencari muzik tu.. hilang pula..huhu.. insya allah sy akan upload nnti bila jumpa..

haa.. yg pasti pd thn berikutnya sy latih sekolah rendah agama bersepadu (SRAB) segamat johor dn bawa lagu yg sama jua cuma beza gunakan pekusyen lah... masa tu idea xd...huhu... bawa lagu UKHWAH ni utk 1 pertandingan bintang mukmin yg mana pertandingan tersebut diadakan di KOMPLEKS ISLAM JB..



owh ye... ni liriknya..........



Umat islam anda terbilang
Menjadi teladan era gemilang
Aqidah dipelihara harapan bersama
Ukhwah dimantapkan ummah diperkasa

Ukhwah itu cerminan kasih sayang sesama insan
Bagaikan satu jambatan antara hati bertautan
Demi satu ikatan bersama persaudaraan
Di kala itulah bersinar cahaya keimanan

Jalinan ukhwah yang terbina
Bertinta keikhlasan membibit kemesraan
Tercipta satu kesetiaan
Susah dan senang ditempuhi bersama

Ayuh bersama memikul kekuatan ummah
Lupakan beza warna lupakan beza rupa
Ayuhlah kita bersama bersatu hati dan bersatu suara
Mencapai wawasan memartabatkan bangsa

Jauhilah dari sengketa
Hindarilah dari buruk sangka
Kerana mulut badan binasa
Allah murka hilang redhoNya

Tajuk lagu :                            Ukhwah
Composer Lagu :                    A. Rahman Al-Hafiz
Penulis Lirik :                          A. Rahman Al-Hafiz & Nazif



haa.... macam da x sabar2 kan nak dengar lagu tu macam mana....?? relax lu.... huhu
nak di jadikan cerita pd thn 2011... masa tu saya nak cuit sems.. kebetulan cuti sems masa tu panjang hmpir 3 bln...
sy telah di "promote" oleh ustz khiarah dr SRAB segamat kpd PERTUBUHAN KEBAJIKAN ANAK2 YATIM ISLAM,gemereh segamat utk 1 pertandingan MTAQ antara ank2 yatim pergkt negeri johor..haa...
masa ni ummi mereka (ummi ramlah) minta utk latih lagu UKHWAH yg pernah sy latih SRAB.. guna minuslah..bukan peccussion.. jd minus utk lagu ni sy buat at studio magic eye's,pontian.. at tempat yg sama dulu sy pernah buat muzik utk prtndingan nasyid kebangsaan...

jd..... akhirnya terciptalah arrengement muzik lagu minus UKHWAH kali ke 2.. yg pertma agak rock sikit.. yg ke 2 ni ada nasyid betulnya..haha..mcm tu lak ek??
jd... jomlah dengar.. mcm biasa sy gunakan software muzik dengan menggabungkan suara2 sy menjadi 1.. sy buat 2nd,3rd,pacento,fit dn bass...dengarlh hasilnya.. pd awal2 guna software ni x mantap sangat tp nantikan peningkatan seterusnya.. apa2pun tq kpd sdr.azhar helmi atas kerjasama beliau mnguruskn penampalan dn susunan suara tu.. juga tak lupa kepada sahabat yang tersayang sdr. syammir izzuddin shamsuddin di atas rakaman video kat bilik a82 ek..hehehe.... tq all laa...

vokal memang tak mantap tuan2 pasal sy bukan penyanyi..huhu.. cuma tujuan sy nk persembah lagu ciptaan sy..


tp utk lagu ni masih tak mantap coz rangkap last saya ada cedok sikit dr lagu lain.. sy pun lupa lagu apa tp ada laa.. cuba dengar.. :D
tp agak pelik sikit..coz x pandai sangat edit video sampai x sama nyanyi.. tapi tetap saya yang nyanyi ..hehehe

video



kenangan saya bersama anak2 yatim semasa latihan







ye itulah saya terselit di tengah sedang sibuk menguruskan pakaian adik2...rindu dengan mereka..



sebelum berpisah sementara untuk saya sambung pengajian coz da abes cuti..huhu.. sempat bergambar sedikit  la ..



eh boleh sesat gambar ni.. masa nak buat minus di kg rimba terjun,
pontian




kerana ada rangkap last tu sama dengan muzik lain jd sy ubah lagi lagu ni agar 100% milik saya..hehe.. dn terhasillah lagu ni verse ke 3 ala2 romantik gitu .. balada sikit lagunya.. dengan tajuk JALINAN UHKWAH.. belum ada masa utk upload.. i.allah akan dtg ye..
dan pastikan anda terus bersama saya menantikan segala kehangatan dari saya hanya D'{POYO.FM... :)

Tuesday, December 13, 2011

Tabarruj dan ikhtilat(percampuran atau pergaulan)




Assalamualaikumwarahmatullahiwabarokatuh..


bertemu kembali D'POYO.FM yang pastinya saya akan terus berkongsi sedikit ilmu yang saya dapati serta saya baca dan cuba fahami mengenai tabaaruj dan ikhtilat...

Bila cerita tentang tabaaruj kita dah boleh terus fikir ia berkenaan perempuan tapi bila dok cerita tentang ikhtilat ia berkaitan laki dan perempuan....
jom bersama saya kita baca artikel yang saya dapat daripada guru saya....



Lampiran: Ringkasan Petikan dari Dr. Abdul Karim Zaidan, PhD Baghdad






TABARRUJ


- Tabarruj bererti wanita menunjukkan dan merperagakan perhiasan dan
kecantikannya untuk menarik perhatian kaum lelaki dan meransang keinginan
mereka. Dalil: surah al-Ahzab ayat 33.


- Tabarruj jahiliyyah bererti wanita membuka niqabnya hingga mendedahkan
muka, kecantikan dan perhiasannya.


- Tabarruj hari ini tidak sesuai diistilahkan dengan tabarruj jahiliyyah kerana
wanita sekarang bukan setakat membuka tutupan muka dan memperagakan
kecantikannya tetapi lebih dari itu. Tabarruj hari ini dengan memdedahkan
separuh tubuh, malah lebih dari itu.


- Istilah yang lebih sesuai ialah istilah yang pernah digunakan oleh Rasulullah
s.a.w dalam sabdanya yang bermaksud ‘separuh telanjang’ (al-kaasiaat al-
‘aariyaat).


- Tabarruj yang diharamkan ialah:


  1.  Tabarruj di luar rumah dengan berhias bukan untuk suami.
  2.  Mendedahkan muka dengan tujuan meransang keinginan dan syahwat lelaki.
  3.  Bersolek dan berhias belebihan.
  4.  Menggunakan alat-alat solek / make-up.
  5.  Mempercantikkan bibir, alis dan pipi (mempercantikkan raut muka).  Dan lain-lain.
Termasuk dalam istilah tabarruj ialah fesyen-fesyen pakaian. Ini kerana pada
dasarnya pakaian wanita sama dengan pakaian lelaki iaitu menutup aurat.


 Ciri pakaian syar’ie wanita ialah:


- pakaian mestilah meliputi seluruh tubuh wanita
- pakaian itu mestilah longgar
- tidak nipis
- bukan pakaian yang mempunyai nilai untuk bermegah-megah dengannya
- tidak menyamai pakaian lelaki
- Pakaian yang tidak memenuhi ciri ini dikira sebagai pakaian yang tabarruj.
- Berpakaian kemas, smart dan ceria bukan dikira tabarruj.
- Termasuk dalam istilah tabarruj memakai barang perhiasan diri.
- Perhiasan ialah semua yang dijadikan perhiasan oleh wanita samada pakaian
atau sesuatu yang dijadikan perhiasan diri.


 Antara perhiasan yang dibenarkan ialah membersihkan diri dari segala aspek,
termasuk membersih sesuatu yang fitrah.


 Jenis perhiasan antaranya:


- Barangan perhiasan yang terdiri dari emas, perak dan permata.
- Pakaian luar dan dalam
- Hukum berhias harus, malah ada kalanya sunat kecuali perhiasan yang telah
dinaskan haram. Ia sunat kepada isteri yang suaminya bersamanya, bukan
isteri yang suaminya tiada di sampingnya.
- Semua jenis perhiasan ini harus selagi ia tidak termasuk ke dalam istilah
tabarruj.


Termasuk ke dalam istilah tabarruj ialah bersolek dengan merubah sifat
semulajadi:


- Mencabut atau dengan apa jua cara untuk menghilangkan bulu muka. Boleh
bagi yang berkahwin untuk suami.
- Mencabut dan membentuk alis. Boleh sekiranya alis yang asal hodoh
dipandang.
- Memerahkan muka. Boleh bagi yang berkahwin, untuk suami.
- Lain-lain seperti rambut palsu, wangian berlebihan, celak berlebihan, …..
- Secara umum, berhias untuk suami dibolehkan dan tidak dikira sebagai
tabarruj.
- Berhias keluar rumah bukan untuk suami adalah tabarruj.
- Bersolek dan berhias wanita hari ini telah melebihi dari maksud tabarruj.


seterusnya tuan2 dan puan2 kita cerita pula tentang ikhtilat



IKHTILAT (PERCAMPURAN / PERGAULAN)


Maksud pergaulan:
 bercampur antara wanita dan lelaki ajnabi di satu tempat
yang pada kebiasaannya membawa mereka berpandangan, bercakap dan
berinteraksi.


 Hukum asal pergaulan wanita dan lelaki ajnabi adalah ditegah.


Tiada nas yang jelas melarang pergaulan. Tegahan pergaulan ini hanya
disimpulkan dari beberapa tegahan lain:


- Tegahan wanita bermusafir sendirian tanpa mahram
- Tegahan berkhalwat antara wanita dengan lelaki ajnabi
- Tidak wajib solat jamaah ke atas wanita
- Tidak wajib solat jumaat ke atas wanita
- Hukum-hukum khusus mengenai wanita dalam ibadat haji
- Tegahan wanita berjalan berseiringan dengan lelaki


Dari larangan-larangan inilah ulamak menyimpulkan pergaulan wanita
dengan lelaki ajnabi ditegah.


 Pergaulan yang dibenarkan atas dasar pengecualian kerana keperluan:


- Pergaulan atas sebab darurat
- Pergaulan untuk tujuan bermuamalah
- Pergaulan untuk tujuan melaksanakan tugas-tugas kehakiman
- Pergaulan menunaikan kesaksian
- Pergaulan atas tugas penguatkuasa undang-undang
- Pergaulan untuk tujuan melayan tetamu di rumah
- Pergaulan untuk tujuan menghormati tetamu dengan makan bersama
- Pergaulan dalam kenderaan awam bagi wanita yang melakukan kerja
syar’ie dengan syarat hukum-hukum Islam yang lain dipenuhi
- Pergaulan untuk melakukan kerja-kerja jihad
- Pergaulan untuk tujuan mendengar ceramah dan ilmu
- Pergaulan atas sebab kebiasaan dan teradat yang tidak bercanggah dengan
syara’


 Dalam kitab Muwatta’ oleh Imam Malik disebutkan
 “Wanita (boleh) makan bersama lelaki apabila pada kebiasaan teradat wanita makan bersama-sama
lelaki.
- Pergaulan semasa menziarahi keluarga terdekat dan teman handai pada majlismajlis
tertentu, maka dalam majlis yang sama dengan syarat memelihara adab
sopan keislaman dan hukum-hukum Islam.




 Pergaulan wanita dengan lelaki dalam satu majlis bersama.


 Ada dua pendapat:
- Pendapat pertama tidak boleh kerana hadis mengenai pengaduan kaum
wanita di zaman Rasulullah tentang kelebihan kaum lelaki mendapatkan
ilmu, lantas Rasulullah s.a.w memperuntukkan satu masa belajar khusus
bagi wanita.
- Pendapat kedua boleh kerana pergaulan untuk tujuan muamalah
dibolehkan, maka pergaulan untuk menuntut ilmu tentulah lebih boleh lagi,
kerana suasana menuntut ilmu lebih jauh dari fitnah berbanding suasana
muamalah.


 Tentang hadis yang dikemukakan di atas, pengkhususan satu majlis untuk
kaum wanita bukan kerana larangan pergaulan lelaki dan wanita semasa
menuntut ilmu, tetapi kerana tabiat kaum wanita sentiasa banyak terhalang
untuk keluar bersama Rasulullah s.a.w. Tidak seperti kaum lelaki yang sentiasa
berpeluang untuk berbuat demikian. Oleh itu wanita perlu dikhususkan satu
masa bersama Rasulullah s.a.w.


Namun demikian keharusan ini hendaklah disertai dengan iltizam yang
bersungguh-sungguh, hukum, adab dan tata susila Islam:


- Menjaga aurat
- Tidak tabarruj
- Tidak mengangkat suara dengan tinggi
- Serius, tidak bermanja-manja dan melembut-lembutkan suara sewaktu
bercakap
- Menundukkan pandangan, bukan mata galak, bukan curi pandang
- Warak, tapi bukan warak-warak kucing


Retype & relayout pada 12.25 pm 6 Zil Hijjah 1424/ 28 Jan 2004, K.B, BDS


insya allah cukup sekadar ini pada saat ini.. bertemu lagi kita pada saat akan datang dan jangan lupa bersama sama kita amalkan apa yg baik yg telah saya kongsikan dari apa yg saya dapat dari guru-guru saya dan pembacaan saya... moga ketemu lagi bsama saya D'POYO.FM
:D

Friday, December 9, 2011

EPISOD 9 : LaGu aSraMA (ASMAKS) - 2003 -

Assalamualaikum sahabat2 yg sy rindui.. teruskan bsama sy hanya D'POYO.FM..

akhrnya sampai juga ke episod seterusnya kan?? Haa.. moga tiap nasihat yg sy kongsikn dn sedikit wacana ilmiah,,dptlh kita ambil yg baik2 ye.. sy tak kisah kalau ada yg kritik..selagi ia membantu sy utk berubah sy terima.. :D

ye sahabat2.. episod kali ni saya titip kan dengan lagu asrama bagi asrama sy masa sy form 1 tahun 2003 di SEKOLAH MENENGAH AGAMA (ARAB) AL-KHAIRIAH SEGAMAT.. khusus buat abg2 dn akak2 SMAKS yg belum pernah dengar lagu asrama kami.hehe..umum utk semua la buat ingat2.. lagu ni sy cipta thn 2003 zaman ust syafiq , ust zaidi dn ust shah jd warden.. dibantu abg sy abdul hamid dn rakannya (maaf sy lupa sapa lagi) - nti inform nama ye?/ hehe...

jadi.. ini liriknya..



Asrama putra putri sekolah arab al-khairiah
Bersatu bertamadun dan berjasa
Penjana warga yang beretika
Penyumbang bakti kepada Negara

Berilmu beriman dan beramal
Bertaqwa kepada allah
Bersama kita berusaha
Melaksanakan perintah allah

Tajuk lagu : asrama SMAKS
Lagu : a.rahman al-hafiz dn abg2 ASMAKS 2003
Lirik : (SMAKS)


sy sedang cuba mahirkan software muzik..
jd ini rakaman hasil dr software yg sy guna.. dengar macam ada banyak suara tp hakikatnya semua suara sy yg x berapa best dn lunak mcm tuan2 dn puan2..tp hanya sekadar nk persembah lagu asrama yg masih lagi didendangkan tiap2 perhimpunan asrama SMAKS hingga sekarang..
dengar dn komen ye??

video


haa... ni letak sikit kenangan masa di SMAKS bsama adik2 zaman 2010.. dtg sekolah masa latih adik2 nasyid..



ni pas abes solat jumaat kat masjid jamek segamat at warung kaktus sebelah masjid..




ni masa ihtifal at SMAPR .. nama kump. mereka - one peace -






nilah yg dok main pecussion SMAKS masa ni..




haa... ni pun lagu yg sama je.. huhu.. cuma sy tambah kan dengan sedikit pecussion yg sy main dlm software muzik tu.. x berapa ok coz saya masih lagi cuba memahami software tersebut... denga  ada nya bantuan dari junior sy di darul quran sdr.Azhar Helmi dr kumpulan nasyid FIRWAN (terkenal at utara) sy dapat msk kn suara sy sbg vokal dn suara harmoni.. tp dlm lagu asrama ni suara hrmoni 2nd je ada.. tiada 3rd,,fit,,bass,,flex dll.. jom usher2...



video




sedikit kenangan di musolla er-rosyideen...





belakang dewan/musolla...
smart ke?? 



alhamdulillah.. sedikit sebanyak dapatlah jua saya curi masa dok setel rakam lagu asrama ni walaupun x sempurna... masa takde kuliah la waktu relax2 macam ni.. apa pun thank kepada adik2 junior Darul Quran dr sems NUQLIUZ sdr.azhar helmi dn sdr.syammir izzuddin... bnyk jasa mereka,,tukang rakam dn sebagainyalah.. huhu.. ha.. yg paling penting,jgn miss bsama sy.. teruskn lagi di saat akan dtg hanya D'POYO.FM
:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...