Sunday, February 19, 2012

Wacana Ilmiah : peringkat solat

Assalamualaikumwarahmatullahiwabarokatuh..

ye akhirnya dapat saya nukilkan di sini sedikit perkongsian...
setelah menempuhi segala kesibukan yang membuatkan saya jarang nak update blog ni.. huhu..
moga terus membaca bersama saya hanya D'POYO.FM.. untuk pertemuan maya kali ini saya kongsikan ilmu mengenai peringkat solat.....



»Peringkat/taraf solat kita

Peringkat-peringkat solat, nilaikan dimana tahap solat kita. Dalam era
membaiki diri ini, kita check solat kita, nanti akan terjawab kenapa kita
tidak dibantu, dan ini juga gambaran secara keseluruhannya, mengapa umat islam
terbiar dan tiada pembela dan umat islam kini tidak lagi menjadi umat yang agung
seperti dulu.

Golongan 1. Kita boleh lihat hari ini sudah ramai umat islam yang tak
sembahyang, bahkan ramai juga yang tak tahu nak sembahyang, mereka telah jatuh
kafir. Imam Malik kata jatuh kafir kalau tak sembahyang tanpa sebab. Imam Syafie
kata jatuh fasik (pun masuk neraka juga) kalau ia masih yakin sembahyang itu
fardu.

Golongan 2. Orang yang mengerjakan sembahyang secara zahir sahaja, bacaan pun
masih tak betul, taklid buta, main ikut-ikut orang saja. Belajar sembahyang
maupun secara resmi atau tak resmi tak ada. Ilmu tentang sembahyang tiada.
Golongan ini tertolak bahkan berdosa besar dan hidup dalam keadaaan derhaka
kepada Allah Taala.

Golongan 3. Orang yang mengerjakan sembahyang, bahkan tahu ilmu mengenai
sembahyang, tetapi tak boleh lawan nafsu terhadap tarikan dunia yang kuat. Jadi
mereka ini sekejap sembahyang, sekejap tidak. Kalau ada masa dan mood baik ia
sembahyang, kalau sibuk dan terkocoh kacah, ada program kenduri, pesta ria,
berziarah, bermusafir, letih dan penat, maka ia tak sembahyang.Orang ini jatuh
fasik.

Golongan 4. Orang yang sembahyang, kalaupun ilmunya tepat, fasih bacaannya,
tetapi tak khusyuk kalau diperiksa satu persatu bacaannya, lafaznya banyak yang
dia tak faham, fikirannya tak terpusat atau tak tertumpu sepenuhnya pada
sembahyang yang dilaksanakannya itu disebabkan tak faham apa yang dia baca.Cuma
main hafal saja. Jadi fikirannya terus tertumpu pada dunia dan alam
sekelilingnya. Fikirannya mengembara dalam sembahyang,orang ini lalai dalam
sembahyang. Neraka wail bagi orang ini.

Golongan 5. Golongan yang mengerjakan sembahyang cukup lima waktu, tepat
ilmunya, faham setiap bacaan sembahyang, fatihahnya, doa iftitahnya,
tahiyyatnya, tapi tak dihayati dalam sembahyang itu. Fikirannya masih melayang
mengingatkan perkara dunia, dek kerana faham saja tetapi tidak dihayati.
Golongan ini dikategorikan sebagai sembahyang awamul muslimin.

Golongan 6. Golongan ini baik sedikit dari golongan yang ke lima tadi, tetapi
main tarik tali didalam sembahyangnya, sekali sekala khusyuk, sekali sekala
lalai pula. Bila teringat sesuatu didalam sembahyangnya, teruslah terbawa bawa,
berkhayal dan seterusnya. Bila teringat Allah secara tiba tiba maka insaf dan
sedarlah semula, cuba dibawa hatinya serta fikirannya untuk menghayati setiap
kalimat dan bacaan didalam sembahyangnya. Begitulah sehingga selesai
sembahyangnya. Ia merintih dan tak mahu jadi begitu, tapi terjadi jua. Golongan
ini adalah golongan yang lemah jiwa. Nafsunya bertahap mulhamah (ertinya
menyesal akan kelalaiannya dan cuba baiki semula, tapi masih tak terdaya kerana
tiada kekuatan jiwa). Golongan ini terserah kepada Allah.Yang sedar dan khusyuk
itu mudah mudahan diterima oleh Allah, mana yang lalai itu moga moga Allah
ampunkan dosanya, namun tiada pahala nilai sembahyang itu. Ertinya sembahyangnya
tiada memberi kesan apa apa.Allah belum lagi cinta orang ini.

Golongan 7. Golongan yang mengerjakan sembahyangyang tepat ilmunya, faham secara
langsung bacaan dan setiap lafaz didalam sembahyangnya. Hati dan fikirannya
tidak terbawa-bawa dengan keadaan sekelilingnya sehingga pekerjaan atau apa pun
yang dilakukan atau yang difikirkan diluar sembahyang itu tidak mempengaruhi
sembahyangnya. Walaupun ia memiliki harta dunia, menjalankan kewajiban dan tugas
keduniaan seperti perniagaan dan sebagainya namun tidak mempengaruhi
sembahyangnya. Hatinya masih dapat memuja Allah didalam sembahyangnya. Golongan
ini disebut orang-orang soleh / golongan abrar / ashabul yamin.

Golongan 8. Golongan ini seperti juga golongan tujuh tetapi ia mempunyai
kelebihan sedikit iaitu bukan saja faham, dan tak mengingati dunia didalam
sembahyangnya, malahan dia dapt menghayati setiap makna bacaan sembahyangnya
itu, pada setiap kalimah bacaan fatihahnya, doa iftitahnya, tahiyyatnya,
tasbihnya pada setiap sujudnya dan setiap gerak gerinya dirasai dan dihayati
sepenuhnya. Tak teringat langsung dengan dunia walaupun sedikit . Tapi namun ia
masih tersedar dengan alam sekelilingnya. Pemujaan terhadap Allah dapat dirasai
pada gerak dalam sembahyangnya. Inilah golongan yang dinamakan golongan
Mukkarrabin (Yang hampir dengan Allah )

Golongan 9. Golongan ini adalah golongan yang tertinggi dari seluruh golongan
tadi. Iaitu bukan saja ibadah sembahyang itu dijiwai didalam sembahyang malahan
ia dapat mempengaruhi di luar sembahyang. Kalau ia bermasalah langsung ia
sembahyang, kerana ia yakin sembahyang punca penyelesai segala masalah. Ia telah
fana dengan sembahyang. Sembahyang telah menjadi penyejuk hatinya. Ini dapat
dibuktikan didalam sejarah, seperti sembahyang Saidina Ali ketika panah terpacak
dibetisnya. Untuk mencabutnya, ia lakukan sembahyang dulu, maka didalam
sembahyang itulah panah itu dicabut. Mereka telah mabuk dengan sembahyang. Makin
banyak sembahyang makin lazat, sembahyanglah cara ia nak lepaskan kerinduan
dengan tuhannya. Dalam sembahyanglah cara ia nak mengadu-ngadu dengan Tuhannya.
Alam sekelilingnya langsuk ia tidak hiraukan. Apa yang nak jadi disekelilingnya
langsung tak diambil peduli. Hatinya hanya pada Tuhannya. Golongan inilah yang
disebut golongan Siddiqin. Golongan yang benar dan haq.

Setelah kita nilai keseluruhan 9 peringkat sembahyang itu tadi, maka dapatlah
kita nilai sembahyang kita di tahap yang mana. Maka ibadah sembahyang yang boleh
membangunkan jiwa, membangunkan iman, menjauhkan dari yang buruk boleh
mengungkai mazmumah, menanamkan mahmudah, melahirkan disiplin hidup, melahirkan
akhlak yang agung ialah golongan 7, 8 dan 9 sahaja. Sembahyangnya ada kualiti,
manakala golongan yang lain jatuh pada kufur fasik dan zalim.

Jadi dimanakah tahap sembahyang kita ? Perbaikilah diri kita mulai dari
sekarang. Jangan tangguh lagi. Pertama-tama soalan yang akan ditujukan kepada
kita di akhirat nanti ialah solat / sembahyang kita. Marilah bersama membaiki
solat kita agar segara dapat bantuan dari Allah, agar terhapuslah kezaliman,
semoga tertegak kembali daulah Islam. Wallahu'alam...

terima kasih kerana  masih sudi membaca dn teruskan bsama saya hanya d'poyo.fm

Wednesday, February 1, 2012

EPISOD 16 : DEMO-DAKWAH GEMILANG (ZAHIDI RAZAK)

Assalamualaikumwarahmatullah....

ye bertemu lagi kita bsama sy hanya D'POYO.fm
tuan2 dn puan2 yg dihormati.. kini sy hangatkan anda dengan sebuah lagu demo ciptaan sdr zahidi razak yg kini siswa darul quran semester 2..... lagu ini bertujuan utk memberi pendedahan kepada rockers untuk menerima lagu nasyid sebagai wadah hiburan mereka.. dengar sahaja kepada liriknya yg mengajak kita kepada dakwah sesama kita.. menceritakan tentang dakwah ini salah satu sunnah nabi s.a.w....

bakat yang dimiliki beliau ingin saya kongsi sebagai senior nya yang cakna akan kebolehan beliau dan pastilah terus menyokong segala pkara2 baik.... zaman ini muzik melampau dan hiburan yg melampau dan leka serta melalaikan telah mempengaruhi minda manusia...jadi.. inilah alternatif kami ingin mempengaruhi semua dengan hiburan yang sekadar yg ada mendidik jiwa agar dekat kepada allah...namun jalan dakwah adalah 1 sepertimana ajaran nabi s.a.w...
cuma ini adalah salah satu strategi dalam mengenal dakwah baginda s.a.w melalui mesej lirik yg dikarang serta disampaikan dgn cara nyanyian yg sekadar memberi sedikit pencerahan hati lantaran manusia fitrahnya perlukan hiburan.. dengarlah dengan iman.. jangan leka...
ye.. klik link ni

http://soundcloud.com/a-r-a-z-productions/demo_dakwah-gemilang-zahidi

serta nantikan full version dari empunya lagu.. :)
moga jmpa lagi di saat yg akan datang

Monday, January 30, 2012

EPISOD 15 : Demo_inspirasi hatiku

Assalamualaikum sahabat2...

lama tak update blog ni... kerana hampir ke exam quran 30 juz tak sempat saya nak update..hehe
tapi takpe.. kita terus jugalah dengan lagu terbaru yang saya cipta untuk saudara azhar hilmi dari kumpulan firwan... haa... nantikan lah lagu ni yek.... ni nyanyian saya bersama dia dan 2 sahabatnya syammir dan zahidi razak...... rakaman ini hanya dilakukan di bilik je..... sebelum sahur malam kami rakam... amacam?/ ada macam studio tak walaupun rakam di bilik saya je?? hehehe... azhar hilmi la edit bagi macam kat studio.. apa pun... nantikan lah lagu ni yek.. bakal dinyanyikan kumpulan firwan... didoakan moga azhar hilmi berjaya... lirik beliau dan saya hanya meggubah rentak lagunya.. :)

ha klik link ni untuk dengar lagunya... (demo je)

http://soundcloud.com/a-r-a-z-productions/demo_inspirasi-hatiku-cover

ok lah.. tak dapat nak lama.. nak mengajilah..hehe.. apa pun sebarang pertanyaan boleh contact saya ye.. :)
k semua.. jumpa lagi

Thursday, January 12, 2012

EPISOD 14 : Lagu Asrama SMA AL-KHAIRIAH SEGAMAT(with music)

Assalamualaikumwarahmatullahiwabarokatuh..


alhamdulillah .. kita masih lg dpt bersama sama saya... membaca dn mghayati blog saya yg simple ni..huhu..
namun yg pastinya pd kali ini... saya nak kongsi sikit pembaharuan dari lagu2 yg pernah saya cipta.. untuk lagu asrama sekolah menengah agama al-khairiah segamat johor d.t. lagu ini di cipta pd tahun 2003.. lupa la tarikh.. huhu... erm.. tiada muzik lagi masa tu.. jadi kebetulan saya cipta lagu inspirasi hati untuk sdr azhar dari kumpulan firwan,,alang2 buat arrengment muzik untuk beliau,,saya mencuri masa untuk lagu asrama saya.. i.allah lepas ni da tak jadi ceerita depa dok salah nyanyikan lagu asrama.. dapat dengar yg asal dan asli.. :)
dan alhamdulillah lagu ni masih lagi dinyanyikan tiap2 kali perhimpunan asrama... :)
lepas ni harap adik2 terutamanya tak salah lagi nyanyi lagu ni... erm.. jika nak perubahan dalam lagu asrama ni.. bagitahu saya... masa cipta ni talent untuk cipta lagu belum datang sangat.. alhamdulillah... setelah hampir 5 tahun saya cuba ceburi bidang ni... ada sikit kemahiran.. nak perubahan inform je nak rentak yang macam mana serta lirik yang macam mana.. lirik dn penghayatan penting.. ke arah hiburan yang dibenarkan dn tak terlampau.. - namun kurangkanlah dari berhibur yek... terutama diri saya yang terlalu lemah ini.. :)
oh ye.. jangan lupa tengok2 page saya A.R.A.Z (A.RAHMAN AL-HAFIZ) PRODUCTIONS



haa... jadi sesiapa yg dari sekolah SMAKS.. bolehlah klik link ni untuk dengar lagunya.. :)


http://www.facebook.com/l.php?u=http%3A%2F%2Fsoundcloud.com%2Fmutiara-wakafan%2Flagu-asrama-sma-al-khairiah&h=WAQGD3PVU




dapatlah dengar lagu tu kang.. lagu ni belum mixing dan mastering lagi.. hanya suara2 saya yg agak sumbang yg saya edit2 guna sofware muzik ni... maaflh.. sengaja pilih muzik macam ni... huhuhu..


jadi.. untuk kali ni sahajalah episod kali ni... zaman saya busy sekarang ni..haha.. nak exam..
oh ye.. sahabat2 doakan saya nak exm bulan 2 ni untuk 30 juzuk al-quran.. moga dipermudhkan menjawab...
dan moga jumpa lagi ye?/jangan pernah miss tengok2 blog yang simple ni..hehe.. :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...