Thursday, November 17, 2011

pakaian wanita dari sudut pandangan lelaki..

assalamualaikumwarahmatullah...
bertemu kembali D'POYO.FM yang pastinya saya akan menghangatkan anda dengan pelbagai kehangatan..haha..ye saya mula bergurau ye...em apa yg saya ingin kongsi di sini peringatan untuk saya,saudara2 perempuan saya dan semualah,...huhu,,walaa...
tuan2 dan puan2 sekalian..bila dok cerita tentang pakaian ni,,biasalah..zaman moden ni semua pun suka fesyen terutama perempuan..saya suka tapi,,mesilah menjaga tatasusila berpakaian bagi islam..haa..ni nak mula celoteh dah..hah..kita kena beringat pakailah cantik mana pun utk diri dan pandangan manusia tapi jika kita tak jaga pandanga dn penilaian allah terhadap kita...hush!! saya pun takut tuan2 jd ni yg nak kogsi ni..moga saya dn tuan2 dapatlah mula menjaganya yek?? hehe...jom dengari celoteh saya yg tak berrapa nak banyak ni.. :)  





        Allah telah menjadikan manusia ini berpasang-pasangan. Malam pasangannya siang, jaga pasangannya tidur, rajin pasangannya malas dan lelaki pasangannya perempuan. Kerana perempuan adalah pasangan kepada lelaki, maka Allah telah menciptakan bentuk badan wanita itu dapat memikat hati lelaki. Bila berkata tentang terpikat, maka ia ada hubung kait dengan nafsu. Jika ia ada hubungkait dengan nafsu, ianya ada hubungan pula dengan bisikan syaitan. Jadi untuk mengawal nafsu, mestilah dikawal dengan iman. Untuk mendapatkan iman mesti menurut perintah Allah dan RasulNya dan menjauhi laranganNya.

        Pada mata lelaki tuan2 dn puan2, perempuan ini adalah simbol.. Simbol apa?? Saya yakin tuan2 dn puan2 memahaminya.. Orang lelaki mempunyai imaginasi yang nakal jika tidak dikawal dengan iman. Maka mata lelaki ini selalu menjalar apabila terlihat seorang perempuan. Setiap bentuk badan seorang perempuan boleh dihayati oleh seorang lelaki dengan berbagai-bagai tafsiran nakal nafsu. Betul tak?? Haa...  Apabila seorang lelaki terlihat seorang perempuan, maka perkara pertama yang akan dilihatnya ialah rambut wanita berkenaan. Maka akan ditafsirlah berbagai2 cara oleh seorang lelaki akan rambut wanita berkenaan. Antaranya : “kalau rambut dia pendek mesti comel ni..baru kena dengan muka”.  Oleh kerana itulah wanita wajib menutup rambutnya. Tuan2 dn puan2 yg dihormati,,fitnah yang tidur bila bangkit,,menggila tuan2..

      oh ye,, Apabila rambut wanita itu telah ditutup, maka mata lelaki itu akan turun ke bawah melihat bentuk lehernya, maka wajiblah wanita itu menutup lehernya. Nanti macam2 tafsiran yg di buat. Fitnah pula timbul. Maka mata lelaki itu akan turun lagi melihat bentuk payu daranya, maka wanita itu berkewajipanlah menutup bentuk payu daranya dengan melabuhkan tudungnya. Setelah itu mata lelaki akan turun lagi melihat bentuk ramping pinggangnya, maka labuhkanlah pakaian supaya tidak ternampak bentuk pinggangnya, maka mata lelaki itu akan melihat pula akan bentuk punggungnya, maka wajiblah wanita itu membesarkan pakaiannya agar bentuk punggung tidak kelihatan, dan lelaki itu akan pula melihat bentuk pehanya, maka janganlah sesekali wanita itu memakai kain yang agak ketat sehingga terlihat bentuk pehanya walau sedikit, maka akan dilihat lagi oleh lelaki itu akan bentuk kakinya pula, maka janganlah wanita itu berseluar, kerana terus-terang pihak lelaki bercakap, walau muslimah itu bertudung labuh, berbaju labuh, jika beliau memakai seluar, walau nampak besar sedikit, nafsu kami lelaki akan terusik secara sepontan, entah tak tahu kenapa?? Haha.. saya lelaki tuan2..dan maka..haha..berapa banyak maka lah...huhu...

      oh ye tuan2 dn puan2 yg saya kasihi,, Mata lelaki ini nakal, setelah tidak ternampak akan bentuk badannya hingga ke peha, maka akan dilihatlah pula akan mata lelaki itu kepada kakinya, maka wajiblah wanita itu untuk menolong lelaki itu tidak berdosa, menutup kakinya dengan melabuhkan kain, atau memakai stokin yg warnanya
jangan sesekali berwarna kulit perempuan
, maka mata lelaki ini akan kembali ke atas, akan melihat pula bentuk tangan wanita itu, maka, tolonglah wahai muslimah, agar melabuhkan tudung menutupi bentuk tangannya yang indah pada pandangan lelaki. Maka wahai lelaki, janganlah pula kamu melihat mukanya, kerana ia akan menimbulkan fitnah, kecuali jika kamu wahai lelaki, ingin meminangnya. Jika wanita itu cukup solehah, takut mukanya yang cantik akan menimbulkan fitnah, maka berpurdahlah kamu, jika itu lebih baik untuk kamu.

       Tetapi mata lelaki ini ada satu lagi jenis penyakit, iaitu mata lelaki itu akan tertangkap dengan sepontan jika ia terlihat warna yang menyerlah atau terang jika ianya berada pada perempuan. Maka oleh itu wahai perempuan, tolonglah jangan memakai pakaian yang warnanya terang-terangan sangat. Jika hendak pakai pun, pakailah untuk suami.

      Itulah wahai muslimah, jika anda semua ingin tahu apakah dia mata lelaki itu, dan perlu diingatkan, jika semua aurat telah ditutup, jangan anggap tugas kita telah selesai, perlulah pula kita menjaga kehormatan diri masing2, jangan keluar seorang2, keluarlah dengan mahram, atau keluarlah sekurang2nya 3 wanita agar tidak diganggu gangguan luar, insyaAllah selamat dunia akhirat.

       Dunia sekarang telah banyak yang cacat celanya, sehingga ke taraf seseorang yang memakai tudung tapi tidak menutup aurat, dan pada kaum lelaki, mata kamu itu wajib untuk tidak mencuri2 melihat wanita muslimah, kerana ia dilarangi oleh Allah SWT.
 insya allah bersama kita menutup aurat dengan sebaik baiknya.. mcm ni..........................................>>> 




Ingat-ingatkanlah wahai muslimin muslimat.



mudah-mudahan segala amalan kita akan di terima allah..berusahalah ke arah itu dan jangan terlalu remehkannya.. i love you all..because of love ......saya pun kobgsi semua ni... tq lah sudi baca...
moga ke temu lagi hanya D'POYO.FM

Tarbiyyah LUQMANUL HAKIM - SIRI 3

ye... anda bersama saya lagi D'POYO.FM.......... kita masih lagi membincangkan tentang tarbiyyah LuqmanulHakim.... lupa inform..............>>>>
(Rencana ini dipetik dari Seminar Perjumpaan Umum Muslimat di Universiti Malaya) tarikh lupa.. hehe...
 jom lah terus.... :)


SABAR

Kesabaran adalah suatu keperluan kerana untuk menegakkan keimanan, melaksanakan amal soleh,memperjuangkan kebenaran dan keadilan. emuanya bukanlah suatu yang mudah. Oleh itu, ia


sangat memerlukan kesabaran. Kesabaran dalam menghadapi hawa nafsu, musuh-musuh luar dansusah payah. Begitu juga kesabaran amat perlu dalam menempuh jalan perjuangan yang amat panjang dan semestinya mengikuti tahap-tahap yang teratur untuk menuju matlamat.

JANGAN SOMBONG

Sifat takabur adalah lahir daripada perasaan bangga diri yang merasakan dirinya lebih baik daripada orang lain. Biasanya seseorang yang takabur dikuasai oleh sifat-sifat buruk lain seperti taksub, mudah marah, dendam dan hasad dengki. Sebaliknya, Islam menganjurkan tawadduk kerana ia salah satu sifat terpuji yang amat digalakkan oleh Islam. Kalau takabur menjadi punca pertelingkahan dan perbalahan, maka tawaduk adalah pengikat yang menguatkan persaudaraan, mengukuhkan perpaduan serta melahirkan keselamatan dan ketenangan.

KESEDERHANAAN

Kesederhanaan dalam berjalan mengambarkan ketenangan dan kesopanan tingkah laku. Tenang dan sopan santun adalah buah daripada budi pekerti mulia yang sangat dituntut oleh Islam. Begitu juga melembutkan suara ketika bercakap adalah menjadi ukuran pekerti mulia.

SUDUT DAKWAH

Sesungguhnya setiap muslim dituntut supaya melaksanakan tugas menyuruh kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran. Firman Allah bermaksud:

"Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang ma'ruf dan mencegah daripada yang mungkar, merekalah orang-orang yang beruntung," (Surah Ali Imran: 104).

Pendidikan Luqman adalah pendidikan yang menyeluruh dan lengkap meliputi asas-asas aqidah, ibadat, akhlak dan dakwah. Sebab itu Allah telah merakamkan pendidikan Luqman itu untuk dijadikan contoh kepada umat Islam khususnya.

insya allah.. moga ada jalan yg baik untuk kita ye?? :)
D'POYO.FM

Wednesday, November 16, 2011

Tarbiyyah LUQMANUL HAKIM - siri 2

ye!! pastikan anda masih bersama saya lagi.. memetik sedikit ilmuan dr saidah hairan mengenai tarbiyyah luqmanul hakim... sambungan dari post sebelum ni..
nk kongsi sikit..masa at sekolah menengah dulu (SMAKS).. warden kami ust kamal ariffin sering membawa surah luqman dlm solat2 jemaah hingga kebanyakan kami hafaz surah ni walaupn bkn dr kelas tahfiz....byk pengajarn dr surah ini.. jom explore oleh : saidah hairan


Syirik amat mudah berlaku sekiranya di dalam diri seseorang itu tidak ditanamkan dengan aqidah untuk beriman dengan Allah SWT secara kental. Membentuk jiwa anak-anak agar sentiasa mengingati Allah dalam segala gerak geri dan perbuatannya adalah menjadi tugas dan tujuan yang paling utama bagi setiap pendidikan. Hal yang demikian tidak mungkin berlaku kecuali setelah setiap orang pendidik membiasakan anak-anak mengingati Allah ketika mereka sedang bekerja, berfikir dan mendapat sesuatu. Para ibu bapa perlu banyak mendidik anak-anak dengan membiasakan mereka melihat perbuatan yang baik daripada ibu bapa. Sebagai contoh Sahal bin Abdullah menceritakan bahawa:

"Ketika aku berumur tiga tahun, aku sudah mulai bangun malam dan memerhatikan bapa saudaraku
solat. Tiba-tiba pada suatu hari dia bertanya kepada aku, adakah engkau mengingati Allah yang menjadikan engkau? Lalu aku bertanya, bagaimana cara mengingati-Nya?, kemudian beliau berkata kepada ku, sebutkan dalam hatimu tiga kali ketika hendak tidur tanpa mengerakkan lidah mu (Allah bersamaku, Allah melihatku dan Allah menyaksikanku).

Setelah beberapa kali aku melakukan, lalu disuruhkan pula aku menyebutnya tujuh kali pada setiap malam. Selepas itu disuruhnya pula sebelas kali sehingga aku merasakan kemanisan bacaan itu dalam hatiku. Setelah berlalu masa setahun, maka dia berkata kepada ku, wahai Sahal! jagalah
baik-baik apa yang aku ajarkan engkau itu dan bacalah ia hingga engkau masuk ke dalam kubur.

Katanya lagi, wahai Sahal! siapa yang mengetahui dan menyedari yang Allah sentiasa bersamanya, menyaksikannya, apakah boleh dia berbuat maksiat lagi? Jauhkanlah dirimu daripada perbuatan maksiat."Melalui proses latihan yang disebutkan di atas serta pendidikan keimanan yang murni munculah Sahal menjadi seorang ulama' yang terkenal.

SUDUT SOLAT

Firman Allah bermaksud:

"Wahai anak kesayanganku! Dirikanlah solat." (Surah Luqman: 17). Islam memberikan keutamaan yang sangat besar kepada solat yang tidak pernah diberikan kepada ibadat lain. Kerana ia adalah tiang agama, sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w bermaksud: "Pokok pangkal sesuatu adalah Islam, tiangnya adalah solat dan kemuncaknya adalah jihad fi sabillillah." Solat yang dikhendaki oleh Islam bukanlah sekadar berkata-kata yang diucapkan oleh lidah dan pergerakan badan.Tetapi solat yang sebenar adalah yang dilakukan dengan penuh perhatian dan tumpuan pemikiran, penuh rasa takut dalam hati serta menzahirkan keagungan dan kebesaran Allah, itulah solat yang diterima oleh Allah SWT.

KESAN DARIPADA PENDIDIKAN SOLAT

Dari segi kejiwaan, solat memberikan ketenangan dan kekuatan bagi jiwa seseorang. Daripada segi kesihatan, ia mendidik seseorang supaya menjaga kebersihan dan melatih badan agar sentiasa segar dan cergas. Dari segi akhlak pula ia mencegah perbuatan mungkar dan menjaga waktu manakala
dan dari segi kemasyarakatan solat mendidik persamaan dan persaudaraan.

SUDUT AKHLAK

Berbakti kepada kedua ibu bapa.Firman Allah yang bermaksud:

"Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya, ibunya mengandungkan dengan menanggung kelemahan demi kelemahan, dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun. "Bersyukurlah kepada ku dan kepada kedua ibu bapamu, kepada Ku jua tempatmu kembali." (Surah Luqman: 41)

Kedua ibu bapa mempunyai kedudukan yang paling istimewa. Mereka menduduki tempat yang
kedua sesudah beriman kepada Allah dan Rasulullah. Oleh kerana itu, tiada seorang pun di atas muka bumi ini yang dapat menyamai kedua dua ibu bapa. Berbakti kepada ibu bapa adalah wajib ke atas setiap anak dalam apa jua keadaan sekalipun ia merupakan asas terpenting dalam
pendidikan Islam.

Manakala menderhaka kepada kedua ibu bapa adalah berdosa besar. Adalah mudah bagi anak-anak yang sudah biasa terdidik atas sikap berbakti dan menghormati kedua ibu bapa untuk dididik dan diasuh supaya menghormati jiran tetangga, guru-guru dan seterusnya menghormati manusia seluruhnya.

insya allah..moga kita dapat ambil manfaat..ye teman2...kita bertemu lagi pada saat2 yg ditentukanNYa...
kembali bersama saya lagi hanya D'POYO .FM

Tarbiyyah LUQMANUL HAKIM

Terasa ingin ada anak tp saya x sedia utk bernikah krn masih tdk mmpu dr segi harta..pastilah perlu saraan walau sedikit..em,,,namun bila sy ada anak kelak,,bagaimana didikan ke atas mereka?? sy nk ank yg soleh/ah..tp mampukah merubah mereka?? Sedikit ilmuan saya titipkan buat teman2..
segala teguran utk diri sy khususnya..
ya allah.. berikan kami jln yg BENAR...


APABILA menyebut soal pendidikan anak-anak secara tidak langsung ia lebih tertumpu kepada tugas dan tanggungjawab ibu bapa. Untuk mendidik anak-anak menjadi insan yang kamil tidaklahsemudah yang diperkatakan dalam buku, majalah dan seminar.Ia lebih menekankan soal keinsafan, kesedaran dan sikap tanggungjawab yang mendalam disamping mempunyai aqidah yang kental terhadap Allah SWT. Justeru itu, Allah SWT telah merakamkan beberapa keistimewaan yang dilakukan oleh Luqmanul Hakim sewaktu mendidik anak. Di antara nasihat Lukman kepada anaknya ialah:

1. Hendaklah engkau selalu berada di majlis para ulama' dan dengarlah kata-kata para hukama (orang yang bijaksana), kerana Allah menghidupkan jiwa yang mati dengan hikmat sepertimana menghidupkan bumi yang mati dengan hujan yang lebat.

2. Janganlah engkau jadi lebih lemah daripada seekor ayam jantan, ia telah berkokok pada waktu pagi hari sedangkan engkau pada ketika itu masih terbaring di atas katilmu.

3. Janganlah engkau menangguhkan taubat kepada Allah kerana mati itu akan datang tiba-tiba.

4. Dunia ini bagaikan lautan yang dalam, banyak orang sudah ditenggelamkannya. Oleh itu,
jadikanlah taqwa sebagai kapalnya, iman bagaikan air menyirami tanaman.

5. Pukulan bapa ke atas anaknya bagaikan air menyirami tanaman.

6. Tiga orang yang tidak dapat dikenali melainkan pada tiga keadaan. Orang yang lemah lembut melainkan ketika marah, orang yang berani melainkan ketika berperang dan saudara maramu melainkan ketika engkau berhajat dan memerlukan pertolongan daripadanya.

7. Sesungguhnya dunia ini sedikit sahaja, sedangkan seluruh umurmu lebih sedikit daripada itu.Manakala umurmu yang masih berbakti lagi amat sedikit daripada yang lebih sedikit tadi.

TANDA PENDENGKI

Tanda pendengki ada tiga
.
1. Mengumpat kawannya apabila ketiadaan kawan mereka.

2. Memuji-muji kawannya apabila ada bersama-sama.
3. Merasa gembira jika kawannya ditimpa bala.

INTISARI PENGAJARAN LUQMAN

Masalah aqidah adalah masalah yang paling penting dalam kehidupan seorang muslim. Kerana ia merupakan asas atau tapak bagi pembangunan Islam. Dewasa ini kita dapati banyak penyelewengan terjadi sama ada daripada segi pemikiran, perkataan mahupun tingkah laku. Kesemuanya berpunca daripada tidak memahami aqidah Islam secara mendalam.Firman Allah yang bermaksud:

"Dan ingatlah sewaktu Luqman berkata kepada anaknya: "Wahai anak kesayanganku! Janganlah engkau mempersekutukan Allah (dengan sesuatu yang lain). Sesungguhnya perbuatan syirik itu adalah satu kezaliman yang besar."(Surah Luqman: 31).

Ayat ini jelas menunjukkan bahawa Luqman memulakan nasihat kepada anaknya supaya tidak melakukan syirik kepada Allah SWT. Jiwa anak yang masih suci itu harus dibersihkan daripada sebarang kerosakan dan kesesatan yang berpunca daripada syirik. Ini bererti pendidikan tauhid mesti diajar dan ditanam ke dalam jiwa anak-anak sejak dari kecil lagi.

Dewasa ini kebanyakan para ibu bapa tidak menekankan pelajaran tauhid kepada anak-anak. Bukan sahaja demikian bahkan terdapat juga di kalangan para ibu bapa tidak tahu mengenai pelajaran tauhid. Siapakah yang harus dipersalahkan sekiranya anak-anak generasi muda mudahtergelincir keimanannya?

Reung2kan dan selamat beramal ,, hanya dr saya D'POYO.FM

Tuesday, November 15, 2011

EPISOD 8 : Hakikat diri........


ye teman2 yg ku rindui selalu...kali ini..saya ingin tuan2 dn puan2 baca habis apa yg ingin saya sampaikan..ada yg penting tuan2..demi kebaikan bersama.. insya allah.. :)

pada episod lepas anda telah ketahui lagu2 terawal saya..walaupun x sempurna tapi bg saya ia seni yg mula mencorak kehidupan saya...

tuan2 dn puan2 yg dimuliakan allah...bila dengar saya mula menyanyi,,pastilah anda tahu saya bukan seorang penyanyi yg terbaik,mempunyanyi suara yg lunak,,dn apabila mula berdendang dapat menarik serta menghiburkan hati yg berduka lara,,jiwa yg kosong ingin pengisian dari halwa telinga yg ingin menusuk ke jiwa...
saya mengerti itu..haha...dn meng"ia"kan hakikat itu...namun bagi saya menyanyi bukanlah tujuan sebenar saya dalam bidang industri hiburan yg ingin saya ketengahkan tapi melalui penciptaan lagu itu sendiri..makna dan karya lirik itu yg ingin dinyatakan mengenai bimbingan dn tarbiah dari penyampaian lirik yg di cipta..

saya bukanlah seorang penyanyi yg terbaik tapi saya akan mencari penyanyi2 yg terbaik untuk menyanyikan lagu2 ciptaan saya..

jadi saaya apa tuan2??
ye tuan!! tepat sekali..markah tuan2 40..kira lulus exam tuan2 dn puan2...
di ingatkan di sini...saya nak publisiti diri saya kepada semua... agak POYO bunyinya di sini..jadi.......
saya sebenarnya.................

seorang.............

yg mampu mencipta nama..
yg mampu menggetarkan jiwa..
yg mampu menawan segala..
yg mampu melawan segala..
yg mampu mempertahankan segala....


ITU pun jika mampu tuan2...haha,,saya mula bergurau tuan2...tapi saya sebenarnya hanya seorang hamba Allah...
saya macam tuan2 dn puan2...]
yg punya mata utk melihat.....ada mata dn ingin saya gunakannya utk penglihatan yg baik2...tuan2 ada merasakan sebegini?? alangkah ruginya jika mata di salahgunakan..nikmat allah yg mengkehendaki kita agar gunakan dgn yg baik2.. tuan2 ada mendengar sebuah hadith yg menceritakan mengenai pandangan2??
ye tuan2!! bila mana kita pandang 3 perkara ni tuan2,,kita dah dapat ganjarannya tuan2..tuan2 pandang wajah kedua ibu bapa,mushaf alquran serta kaabah...subhanallah...allah ciptakan kita mata,,dengan itu kita boleh hanya dengan mandang 3 ni da ada pahala ganjaranNya tuan2...maha pemurah Tuhan kita yg ingin memberi segala kebaikan tp masih ada yg mengendahkannya terutama saya tuan2..saya ingin bertaubat tuan2...
jom tuan2...
lepas ni kita jaga mata..

tuan2 dn puan2 yg dihormati....

saya memang macam tuan2 dn puan2..punya telinga utk mendengar,lidah utk menutur bicara..namun,,adakah di gunakan sebaiknya?? terutama saya yg fakir ini...
mendengar bacaan quran dan membacanya...sepatutnya di gunakan utk tujuan2 ibadah seperti itu...saya punya telinga utk mendengar..tapi ia bkn milikn kekal..saya tahu saya perlu guna mendengar perkara2 ilmiah,dunia dn akhirat..pastilah saya mencipta lagu utk tujuan2 agar di dengari rentaknya utk sampai mesej dakwah dari lirik2 ...pastilah perlu utk menyanyi agar tercapai hiburan hati sedikit dn sekecil agar kehidupan ada girangnya yg setakat ingin hibur sedikit,yg masih lagi tdk leka serta menunaikan solat pd awal waktunya..terutama saya yg suka melengahkan solat..astagrfirullah..saya ingin kembali ke jalan yg benar..jd sy mesti solat pada awal waktu...

jadi tuan2 dn puan2..
inilah saya seorang bakal nak naik jadi KOMPOSER LAGU??
mungkinkah?? insya allah. saya sentiasa dtgkn keyakinan..sama ada ia tercapai atau tdk,,
saya akan jadi seorang komposer lagu yg mencipta lirik2 mengajak kepada kebaikan,berkasih sayang,,menjaga ukhwah,ibadah,hubungan dgn allah dn manusia...pastilah saya tdk akan kecewakan islam..saya ingin memartabatkan agama islam ini bahawa ia nya sejahtera dn selamat.. ia nya agama yg pasti kita rasa bahgia bila menganutinya...saya insan fakir,,mula memikirkan TIDAK SALAH utk saya JADI BAIK dan TIDAK RUGI saya JADI BAIK.........

jadi.kehidupan saya yg fakir ini mula dengan plbagai lirik..
nasihat sy..berhibur boleh tapi mencukupi dn bukan kemahuan..
berhiburlah dengan hiburan2 yg di benarkan...dn selalu ingt allah agar tdk leka dn lalai dgn kehanyutan HIBURAN.......inilah saya..........
bukan lagak baik tapi WAJIB JADI BAIK..................   J




Thursday, November 10, 2011

hiburan?? boleh kah??

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha penyayang. Segala puji hanya bagi Allah Tuhan sekalian alam serta selawat dan salam ke atas junjungan besar kita nabi Muhammad S.A.W dan ahli keluarganya serta para sahabatnya yang sentiasa memerah tenaga di dalam menegakkan kalimah Allah.

Pada dasarnya Islam mengharuskan hiburan kerana ia menjadi sebahagian daripada fitrah kehidupan manusia. Ini berdasarkan kepada hadith Rasullullah s.a.w. yang diriwayatkan daripada Aisyah r.a yang bermaksud: “ Sesungguhnya Abu Bakar masuk kepadaku, sedang di sampingku ada dua gadis hamba daripada orang Ansar sedang menyanyi dengan nyanyian yang dinyanyikan oleh orang Ansar pada hari peperangan Bu’ath. Aku berkata, kedua-dua orang ini bukanlah penyanyi. Abu Bakar berkata, adakah di rumah nabi ini terdapat serunai syaitan? Sedangkan pada hari ini adalah hari raya idul fitri. Rasullullah bersabda, wahai Abu Bakar, sesungguhnya setiap kamu ada hari rayanya dan ini adalah hari raya kita. (Riwayat Ibnu Majah). Berdasarkan Hadis tersebut, nyatalah bahawa hiburan yang menghiburkan jiwa serta menenangkan hati diharuskan oleh Islam. Ini dinyatakan oleh al-Syeikh Yusuf al-Qardhawi bahawa antara hiburan yang dapat menghibur jiwa, menenangkan hati serta menyedapkan telinga adalah nyanyian. Hiburan nyanyian ini diharuskan oleh Islam dengan syarat ia tidak dicampuri kata-kata kotor, keji atau yang boleh memberangsangkan kepada perbuatan dosa. (al-Halal wa al-Haram fi al-Islam, hal. 273).

Di dalam kamus dewan, hiburan ialah sesuatu(perbuatan atau benda) untuk menghiburkan (menyenangkan, mententeramkan) hati. Nyanyian pula gubahan muzik yang dilagukan dengan suara manakala muzik pula gubahan bunyi untuk memperoleh keindahan bentuk dan pernyataan perasaan dan tarian ialah gerakan badan serta tangan dan kaki berirama mengikut rentak muzik.










Garis panduan yang memisahkan sama ada hiburan itu boleh atau sebaliknya menurut Islam adalah sejauh mana hiburan tersebut mencapai maksud dan prinsip Islam yang menekankan ke arah kesejahteraan umat manusia. Antara garis panduan tersebut adalah seperti berikut;

a) program hiburan.
 i) bermatlamatkan kebaikan dan kesejahteraan.
 Ii) Diadakan di tempat yang bersesuaian supaya tidak mengganggu ketenteraman awam dan orang ramai.
 Iii) Mengambilkira masa yang bersesuaian dengan sensitiviti masyarakat dan ajaran Islam.
 Iv) Tidak disertai oleh perbuatan-perbuatan haram atau maksiat.
V) Tidak mengandungi acara yang bersifat provokasi yang boleh menimbulkan sikap prejudis atau permusuhan.
Vi) Tidak mengandungi unsur-unsur pemujaan atau penyembahan yang bertentangan dengan ajaran Islam.

b) Persembahan Muzik .
 i) Tidak menimbulkan gerakgeri liar.
 Ii) Tidak mendorong kepada perbuatan maksiat.
 Iii) Tidak melalaikan.

c) Lirik
i) Kalimah syahadah dalam bahasa Arab hendaklah disempurnakan.
 Ii) Tidak mengandungi sebutan yang boleh membangkitkan nafsu syahwat, perkataan lucah, menggambarkan arak, dan memberi perangsang melakukan dosa.
iii) Tidak mengandungi unsur-unsur pemujaan kepada makhluk dan peribadi.
iv) Tidak mengandungi ungkapan-ungkapan yang melanggar adab kesopanan dalam Islam.
v) Tidak mengandungi ungkapan yang melanggar akidah dan syariat Islam.
vi) Tidak mengandungi unsur mengutuk nasib dan lucah.
vii) Tidak mengandungi unsur menghina, mengaib, mencaci, memfitnah dan seumpamanya.
viii) Tidak boleh menjadikan teks al-Quran sebagai lirik.

 d) Persembahan Artis
i) Berinteraksi dengan penonton secara sopan dan disertai kata-kata yang boleh membina nilai-nilai kemanusiaan.
ii) Berpakaian kemas, sopan serta tidak memakai pakaian yang boleh mendedahkan diri kepada eksploitasi penonton dan tidak bercanggah dengan kehendak Islam.
 iii) Tidak melakukan gerak geri dan perkataan yang boleh menimbulkan perasaan yang mendorong kepada maksiat dan menghina Islam.
iv) Tidak mengucapkan kata-kata yang menggalakkan perbuatan maksiat atau menghina agama Islam.

 e) Persembahan Tarian
i) Berpakaian kemas, sopan serta tidak memakai pakaian yang boleh mendedahkan diri kepada eksploitasi penonton dan tidak bercanggah dengan kehendak Islam.
ii) Gerak tari yang dipersembahkan tidak menimbulkan fitnah.
 iii) Tidak berlaku percampuran antara lelaki dengan perempuan yang boleh menimbulkan fitnah. 


jadi.saranan saya,,anda boleh berhibur namun,,pilihlah hiburan sedrhana yg dapat tetap kekalkan seriusnya kita dalam terus berIBADAH.....selamat beramal,,
dn terus bersama saya D'poyo.fm

EPISOD 7 : Lirik mengalir...

Assalamualaikum teman2 yg masih setia dengan saya..........


ye saya sayang teman2 sekalian.... masih terus setia membaca blog saya yg sangat simple ni....
bak kata kawan saya Adha Esa - SIMPLE TAPI POWER..haha..best2.. saya suka..

em.. jd sahabat2 yg dimuliakan,,saya sejak form 2 da mula buat lagu sendiri tak kira masa dan tempat.. yg tak tahannya kat dalam tandas boleh dapat idea..tp ada fikir gak... ni idea dari PENGHUNI TANDAS ke or ilham dari yg MAHA MENCIPTA....huhu..jd keliru.. haha.. tp tu lah... mcm da jadi hobi pula...

ada suatu petang tu,,hati saya rasa damai utk berada di belakang dewan sekolah... belakang dewan sekolah kami ni ada pokok2 buluh yg di katakn berhantu dengan tanah perkuburan...tp suasana petang senja tu membuahkan hasil lalu tercipta lah 1 lagu bertajuk " saat senja berlabuh "




senja berlabuh menutup sinarnya,
terbit pula malam yg indah,
tetap terang dan bercahaya,
siang dan malam memori terindah


angin yang bertiup berlalu ringannya
pepohon menari dengan hilainya
burung berkicauan menyanyi dengan girangnya
indahnya saat senja berlabuh


haa.... simple je lagu ni.. yelah baru mula nak naik kan?? tak kan terus jadi abang long kan?? haha.. mcm takde kena ngena lak ek?? hehe...pengaruh kL gengster..huhu...
tp yg pasti rentaknya hampir sama dengan lagu2 lain...sebab ni baru mula2..jd..nantikanlah lagu2 lain yg sikit2 ada peningkatannya insya allah.... :)
em...tp ada suara ayam suara itik masa nyanyi ni,,hik3... terkucil...sebab sya bukan penyanyi.. tp....hehe.........




,...............................>>>>>>>>>>>> (( to be continued))

EPISOD 6 : nasyid sekolah...

Assalamualaikumwarahmatullah..

salam sejahtera sahabat2..ye tuan2 dn puan2 yang di muliakan..
pastikan anda masih bersama-sama saya lagi...
setia membaca serta memberi pandangan...

sungguh manusia ini insan yg amat lemah..tidak dapat di banding dengan YANG MAHA MENCIPTA.. Tuhan yg BERKUASA atas segalanya...

tuan2 dn puan2 yg di hormati...

tahun 2003 ,, saya mula menyertai nasyid sekolah..ceritanya mcm ni...




JENG3,,,,,,,,,,,,,

pd suatu petang tu,,sy kat asrama sekolah menengah agama al khariah segamat (SMAKS)..
sedang asyik menyanyi..masa tu adalah kwn2 yg dengar..haha.. tak delah nak kata sedap mana kan tp......ada berita yg mungkin sy suka atau mungkin tdk....

keesokan paginya.....
sy di panggil seorang guru sejarah dn bhs melayu di sekolah sy...
masa tu belum lagi belajar dengan cikgu tu sebab baru form 1..hehe...
budak hingusan lagi bak kata org tua2 malaysia.. :p

ada senior kenalkan sy dgn cikgu tu.. cikgu noorshidah bte mahmood...
cikgu tu sy pgl USTAZAH..hehe..
dia suruh sy berlatih dgn abg2 senior 1 lagu yg dy buat..rentak ala2 hindustan..lagu melayu dn lagu arb...

erm...mula2 ustazah minta sy jd solo tp..sy lom ada kekuatan,,baru lgi..lagi pn x pernah join nasyid utk pertandingn luar ni..kat sekolah rendah agama je join antara kelas2,,hehe..

agak nervous gk sbb xtw pape tentang industri hiburan nasyid ni... hehe...
lama2..dgn ajaran dari ustazah shida...sy dpt buang sifat2 debar tu...dpt relax dn dpt senyum atas pentas..tu lah pertandingn pertama nasyid peringkat negeri sy join...wakil sekolah utk ihtifal ilmiah antara sek2 men agama johor..

alhamdulillah..johan... :)
masa lawan kat sekolah agama samsudiniah lak thn 2003 gk,,dpt no 4,,,hehe..tp seronok laa..
lawan x semestinya nak menang tapi hasrat kita nak mencuba serta berkenalan dgn sahabat2 lain sesama agama dn aqidah di sekolah2 lainnya.//
ramai gk laa kenal...tp x spt nak sebut kat sini..ramai,,coz sy suka berkawan,,hhehe..

masa form 2 tahun 2004..saya tgh duduk bosan je kat dalam kelas...sy ni suka bergendang dn nyanyi dlm kelas...kwn2 mesti berleter..bising katanya..tp sy yg degil ni abaikan teguran tu coz bg saya ia satu ketenangn..huhu

tengah2 duduk sambil bergendang,,tiba ada seakan muzika sedang mengalir di ingatan...seakan masuk terus ke hati,...

jadi tiba2 datang idea untuk mula mencipta lagu....di sebabkan sy sekolah agama,,lagu yg di cipta pn,nasyid lah..bila sentuh bab nasyid ni,,,mstilah dpt fikir yg liriknya hanya menyentuh tentang dekat kepada allah...

sy pun terkeliru sbb idea yg dtg tu islamic dgn keadaan diri sy yg bukanlah orang2 yg membanggakn agama islam ni..

tp sy bersyukur..barangkali dgn begini sy dpt berubah dn jd seorang yg dpt memartabatkn islam ke arah kegemilangn..

seronoklah...nk dengar rentaknya?? haha.....
jumpalah sy.. :)
kemudian.........................




......................>>>>>>>>>>>> ((to be continued))

Tuesday, November 8, 2011

yang terindah...

takbir berkumandang..........

mutiara berharga........

Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Andaikan kamu berbuat dosa sehingga dosamu mencapai langit, kemudian kamu bertaubat nescaya Allah s.w.t. memberi keampunan kepada maku" (Riwayat Ibn Majab)


dalam riwayat yg lain... 

Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Andaikan kamu berbuat dosa hingga dosamu mencapai langit, kemudian kamu bertaubat, nescaya Allah s.w.t. memberi ampun kepada kamu" (Riwayat ibn Majah) 






antara lafz taubat adalah dengan istigrfar....... >> astagrfirullah....
ye sahabat2 yg di muliakan allah... kita dahulu pernah membuat silap..adakah ingin terus melakukannya??
kita dulu pernah gagal..adakah ingin gagal selamanya..??
kita dulu pernah derhaka.... adakah ingin derhaka selamanya??
tidakkah kita ketahui bahawa taubat itu perlu?? kembali ke jalan yg benar itu perlu??
tidakkah kita tahu bahawa allah maha pengampun?? namun masih ada yg ambil kesempatan dengan berkata : - " relax lah..allah maha pengampun,,nnti aku taubatlah...."


tuan2 dn puan2 yg dihormati...
betul ke istilah .........>> nnti aku taubat?? kita buat silap kmudian taubat,,then buat silap yg sama,,kita taubat lagi,,then buat lagi yg sama taubat lagi...
ye...bagus lah dapat taubat tu..tapi adakah kita pernah berfikir seakan kita bermain-main dengan sifat ketaatan kita??
allah maha pengampun,,dengan itu...berusaha jua ke atas itu...terus menerus buat kebaikan....


insya allah..bersama kita melahirkan berjuta keinsafan segera lalu sujud hanya kepada allah tuhan yg esa....



Monday, November 7, 2011

EPISOD 5 : Lirik pertama......

Assalamulaikum sahabat2.......

ye... inilah lirik pertama sy wt lagu...em lirik dr sajak..masa tu ustz norshila guru P.islam sy mnx sapa2 yg leh wt lagu dr 1 sajak ni..then mana2 lagu di pilih akn wt persembahan masa perhimpunan hari isnin..hehe
nk tgk sikit??
ni haa.


Kaabah kau tesergam indah
keagunganmu kebesaran yang maha esa..
qiblat orang mukmin
mulia hamba2mu beribadat


tawaf saban hari setiap detik dan masa
kaabah kebesaran dan keagungan
lambang kegemilangan umat islam
beribadah sepanjang masa....




haa...ni masa umor 11 tahun la buat lagu...kalau nk dengar,,hehe...jumpa sy yek?? em.. jd lagu yg sy wt ni wt show ms perhimpunan..kelas sy lah yg nyanyikn...5 bestari...huhu.....
kemudian sy mula cipta lagu2 bila ad masa n mood yg baek....huhu..dekat sekolah agama pun mcm tu gak...

alhamdulillah,,,kumpulan sy selalu johan nasyid at sekolah selepas itu..bila ada pertandingan 1 lagu ciptaan ,,, 1 lagu bebas... alhamdulillah......


tahun 2003 sy mula ke sekolah menengah agama al khairiah segamat (SMAKS)
... mula join kumpulan nasyid..........dan................................



....................>>>>>>>>>>>>> ( to be continued)

EPISOD 4 : Hakikat.........

Assalamualaikumwarahmatullah.

ye tuan2 dn puan2.. setia bersama saya..ye saya tahu ada juga silent reader yg membaca blog saya yg sederhana ni....tp..saya tak ambil hati jika byk kritikan,,hehe..pasai saya suka2 ja buat blog ni..saja2 nak kongsi apa yg saya ada..
mungkin sesetengah perkara tentang saya ,, itu juga pengalaman yg anda pernah hadapi dn terasa ingin cerita dengan saya... hehe.. senyum tuan2 dn puan2..wah..cantik senyuman itu... :)

jd saya ada 1 kegemaran yg mungkin ia hanya sebiji benih besarnya jika nak dibandingkn dengan orang lain yg ada buat macam saya...

hehe,,saya suka cipta lagu..tak kira la nasyid ke,,rock ke apa ke..tp liriknya mesti berunsurkn bagaimana perlu dekatnya diri dengan allah..em..sesetngh sahabat yg dtg lawat sy di bilik kampus kdg2 hampir bosan..terutama kwn saya Ahmad azfar..haha..sian..kena dengar selalu..sorry mention nama..ni kenangan laa kawan..
lagi sowg roomate baru masa sy semester 4 di darul quran...mustaqim..haha..kena dgr sy bising at bilik..
oh ye..sy siswa DARUL QURAN JAKIM,,,sy ambil kos Tahfiz Quran dan syariah..wow!! bestnya belajar syariah ni..hehe.. lagi2 usul fiqh... susah...tp seronok,.,huhu.. :)

em...jd sy mula buat lagu ni masa umur 11tahun..tp x best la masa tu...
rentak pn biasa2....nk tahu macam mana sy leh terjebak?? biasalah..cerita ni ber-episod...sabar ye??


.........................>>>>>>>> (to be continued)

EPISOD 3 : siapa saya??

Assalamualaikum sahabat2…

Hehe..anda masih bersama saya ye?? Em.. sepertinya tertunggu-tunggu untuk mengenali saya..
Haha.. amboi..ada yg peril saya.. dok kata : “ ceh!! Perasan sendiri”
Hehe.. tak apa,saya tak kesah..hhuhu..ni cerita saya jd semua di tangan saya wat masa ni yek?? Hehe
Em.. firstly,, nama saya abdul rahman bin ismail..tp kwn2 suka pgl sy dgn pnggilan AMAN..em sedap an?? Ad mkna gk-keamanan?? Haha..
Sy thn 2011 ni baru 21 thn..sy punya lah minat makan ayam masak merah,,nasi goreng ayam.. Yumm2.. sedapnya..
Ai?? Da yg telan air liur..em…sy ni nk kata suka nyanyi tak juga tp memang selalu dengar saya nyanyi..at mana2 pun..haha
Kiranya sy ni suka nyanyi ye??
Tak juga kot..
Ada yg lagi spesel yg sy suka buat…nk tahu???? Haa…
Sebenarnya camni……………………………….


……………………………..>>> (to be continued) hehehe..

Sunday, November 6, 2011

Episod 2 : bermulanya madah pujangga...........

Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Orang yang memulakan salam adalah terlepas daripada sifat sombong dan takabbur" (Riwayat Al-Baihaqi & Al-Khatib)




assalamualaikumwarahmatullahi wabarokatuh...
ye...pastikan anda masih lagi bersama-sama saya...yang pasti hanya di POYO.fm.hehe
kebiasaan bila berkenalan,,kita akan bertanya nama,tempat tinggal,,umur dn macam2 lagi laa..huhu
kat sekolah,,bila guru baru mula masuk utk mengajar,,sessi perkenalan itu,,murud2 tak lekang dengan soalan2 utk kenal gurunya..tapi.murid2 suka nyakat guru muda dengan.>>>> : cikgu dah kahwin?? 
haha..
bila guru berumur sikit soalannya,,,isteri cikgu dah berapa?? terngiang-ngiang memoir lama itu...
wah..seabad terasa...
lama jua tak berjumpa sahabat2 lama...guru2 lama yg mengajar kita....
jadi,,pastilah saya pun akan mula mengenalkan diri saya...


hehe..
semua tak sabar lagi kan?? haha...
jadi...saya mulalah kenalkan diri saya.....
nama saya.............................


>>>>> to be continued


Tinta Bicara..

Assalamualaikum..
Salam ukhwah,,salam mahabbah.. baru mula buat blog ni...em..agak canggung sikit....
Yang pasti anda kian mula bersama saya... siapa saya?? Nantikan episod seterusnya........................???
:)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...