Wednesday, November 16, 2011

Tarbiyyah LUQMANUL HAKIM - siri 2

ye!! pastikan anda masih bersama saya lagi.. memetik sedikit ilmuan dr saidah hairan mengenai tarbiyyah luqmanul hakim... sambungan dari post sebelum ni..
nk kongsi sikit..masa at sekolah menengah dulu (SMAKS).. warden kami ust kamal ariffin sering membawa surah luqman dlm solat2 jemaah hingga kebanyakan kami hafaz surah ni walaupn bkn dr kelas tahfiz....byk pengajarn dr surah ini.. jom explore oleh : saidah hairan


Syirik amat mudah berlaku sekiranya di dalam diri seseorang itu tidak ditanamkan dengan aqidah untuk beriman dengan Allah SWT secara kental. Membentuk jiwa anak-anak agar sentiasa mengingati Allah dalam segala gerak geri dan perbuatannya adalah menjadi tugas dan tujuan yang paling utama bagi setiap pendidikan. Hal yang demikian tidak mungkin berlaku kecuali setelah setiap orang pendidik membiasakan anak-anak mengingati Allah ketika mereka sedang bekerja, berfikir dan mendapat sesuatu. Para ibu bapa perlu banyak mendidik anak-anak dengan membiasakan mereka melihat perbuatan yang baik daripada ibu bapa. Sebagai contoh Sahal bin Abdullah menceritakan bahawa:

"Ketika aku berumur tiga tahun, aku sudah mulai bangun malam dan memerhatikan bapa saudaraku
solat. Tiba-tiba pada suatu hari dia bertanya kepada aku, adakah engkau mengingati Allah yang menjadikan engkau? Lalu aku bertanya, bagaimana cara mengingati-Nya?, kemudian beliau berkata kepada ku, sebutkan dalam hatimu tiga kali ketika hendak tidur tanpa mengerakkan lidah mu (Allah bersamaku, Allah melihatku dan Allah menyaksikanku).

Setelah beberapa kali aku melakukan, lalu disuruhkan pula aku menyebutnya tujuh kali pada setiap malam. Selepas itu disuruhnya pula sebelas kali sehingga aku merasakan kemanisan bacaan itu dalam hatiku. Setelah berlalu masa setahun, maka dia berkata kepada ku, wahai Sahal! jagalah
baik-baik apa yang aku ajarkan engkau itu dan bacalah ia hingga engkau masuk ke dalam kubur.

Katanya lagi, wahai Sahal! siapa yang mengetahui dan menyedari yang Allah sentiasa bersamanya, menyaksikannya, apakah boleh dia berbuat maksiat lagi? Jauhkanlah dirimu daripada perbuatan maksiat."Melalui proses latihan yang disebutkan di atas serta pendidikan keimanan yang murni munculah Sahal menjadi seorang ulama' yang terkenal.

SUDUT SOLAT

Firman Allah bermaksud:

"Wahai anak kesayanganku! Dirikanlah solat." (Surah Luqman: 17). Islam memberikan keutamaan yang sangat besar kepada solat yang tidak pernah diberikan kepada ibadat lain. Kerana ia adalah tiang agama, sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w bermaksud: "Pokok pangkal sesuatu adalah Islam, tiangnya adalah solat dan kemuncaknya adalah jihad fi sabillillah." Solat yang dikhendaki oleh Islam bukanlah sekadar berkata-kata yang diucapkan oleh lidah dan pergerakan badan.Tetapi solat yang sebenar adalah yang dilakukan dengan penuh perhatian dan tumpuan pemikiran, penuh rasa takut dalam hati serta menzahirkan keagungan dan kebesaran Allah, itulah solat yang diterima oleh Allah SWT.

KESAN DARIPADA PENDIDIKAN SOLAT

Dari segi kejiwaan, solat memberikan ketenangan dan kekuatan bagi jiwa seseorang. Daripada segi kesihatan, ia mendidik seseorang supaya menjaga kebersihan dan melatih badan agar sentiasa segar dan cergas. Dari segi akhlak pula ia mencegah perbuatan mungkar dan menjaga waktu manakala
dan dari segi kemasyarakatan solat mendidik persamaan dan persaudaraan.

SUDUT AKHLAK

Berbakti kepada kedua ibu bapa.Firman Allah yang bermaksud:

"Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya, ibunya mengandungkan dengan menanggung kelemahan demi kelemahan, dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun. "Bersyukurlah kepada ku dan kepada kedua ibu bapamu, kepada Ku jua tempatmu kembali." (Surah Luqman: 41)

Kedua ibu bapa mempunyai kedudukan yang paling istimewa. Mereka menduduki tempat yang
kedua sesudah beriman kepada Allah dan Rasulullah. Oleh kerana itu, tiada seorang pun di atas muka bumi ini yang dapat menyamai kedua dua ibu bapa. Berbakti kepada ibu bapa adalah wajib ke atas setiap anak dalam apa jua keadaan sekalipun ia merupakan asas terpenting dalam
pendidikan Islam.

Manakala menderhaka kepada kedua ibu bapa adalah berdosa besar. Adalah mudah bagi anak-anak yang sudah biasa terdidik atas sikap berbakti dan menghormati kedua ibu bapa untuk dididik dan diasuh supaya menghormati jiran tetangga, guru-guru dan seterusnya menghormati manusia seluruhnya.

insya allah..moga kita dapat ambil manfaat..ye teman2...kita bertemu lagi pada saat2 yg ditentukanNYa...
kembali bersama saya lagi hanya D'POYO .FM

6 comments:

Anonymous said...

bguih hangg.......banyak ilmu noeh...bguih2...tulis banyak lahi.....dah dahaga sgt ilmu ni...lama dah...

aman D luffy asy-syarbaji said...

subhanallah...maha suci allah yg lebih mengetahui segalanya..allah menjadikan tiap2 perkara bukan sia2 tp ada hikmahnya..manusia perlu berfikir .. agr tahu hikmah2 penciptaanNya..sebenarnya yg terbaik adlh kuasa ilahi... saya hanya insan biasa..bkn ingin merendah diri tp wajib kata mcm ni krn saya hanya hamba allah..segalanya hanya pinjaman...bila kata bagus maknanya mmg lh penciptaan Tuhan kita adlh sebaik-baik penciptaan,...

syuf said...

surah al-luqman...
memang banyak nasihat..seoarng ayah yang sangat prihatin.. :)

aman D luffy asy-syarbaji said...

betul3.....anda seorang yg bijak syuf... ingin sekali tahu sekolah lama anda di mana dulu..tmpt anda mengaji... :)

syuf said...

hah..??:s (confuse face)awak nak tahu sek sy...?? view my blog lah..heehhee..sy ada mention nma sek sy......

aman D luffy asy-syarbaji said...

ok.. :)

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...