Thursday, December 8, 2011

Tabarruj : Siri 3 : satu kehinaan???

Assalamualikum teman2 yg masih bersama saya x kira silent reader atau pencetus ilmiah buat saya dn perkongsian utk semua...

bila cerita tentang tabarruj,,ada sahabat saya yg bertanya kepada saya..hinakah kami?? adakah kami ini terus berdosa dan tergolong orang yg keji??
Tuan2 dn puan2... saya bukanlah Tuhan utk menghukum..tentukan dosa dan pahala..saya hanya insan kerdil yg x punya apa yg mana sy juga cuba berubah dn ingin menjadi lebih baik lagi melalui teguran2 yg beradab serta menjamin dn meyakinkan sy ke arah  itu... sy amat meneliti.. namun tuan2 ingin sy nyatakan di disi.. BERTAUBAT itu jalan yg masih ada utk kita menerima pengampunan Allah kerana Allah maha pengampun bg mereka yg ingin bertaubat.. silakan.. kalian memang HEBAT dengan taubat.. agak jeles sy.. nk rebut gak..

tuan2 dn puan2 yg sy hormati....


Sebilangan besar wanita sekarang berlagak bagaikan pengantin baru bila
keluar dari rumah. Ni pndng sy.. maaf la kalau terasa ye... nnti kita setel baik2 ea... Mereka berpakaian indah mengikut fesyen.
 Ada pula kain bajunya terlalu nipis hingga terbayang bentuk ukuran badan. Dengan perbuatan
ini, seolah-olah mereka berkata-kata di dalam hati: “Siapakah tidak terpesona bila
melihat keindahan fesyen pakaian yang membalut tubuhku? Siapakah tidak
tertarik pada bentuk badan dan langkahku dan siapa….?”
Wah.. sy nk cakaplah......>> FULAMAK........... ha?? sy da ckp da ni... tuan2..






Sedarkah kita bahawa perbuatan tersebut tak ubah langkahnya seperti
penjual manik-kuran di jalan-jalan atau di kaki lima. Setiap yang lalu pasti
memerhatikan. Jika tidak melihat, penjual sendiri datang menawarkan diri. Tapi
sayang ……! Ramai pemerhati dari pembeli.
Andainya golongan ini berfikir sejenak, nescaya timbul perasaan malu.
Natijahnya, sudah pasti mereka akan menutup ‘aurat dan keindahan rupa paras
mereka. Allah s.w.t ada berfirman yang bermaksud:
 “Hai Nabi ‘Alaihissalam,
katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuan dan isteri-isteri orang
mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab. Yang demikian itu supaya
mereka mudah dikenali. Lantaran itu mereka tidak diganggu. Allah adalah Maha
Pengampun lagi Maha Penyanyang” (al-Ahzab: 59).


Sekitar ayat tadi, dapatlah difahamkan bahwa Allah s.w.t telah menjelaskan
kedudukan wanita-wanita yang baik. Sebagai model untuk Muslimat semua,
Rasulullah s.a.w menyuruh isteri-isteri dan anak-anak perempuan supaya mereka
memakai jilbab (purdah).
Wahai wanita-wanita yang beriman! Hendaklah kamu semua berpakaian
menutup ‘aurat. Setiap pergaulan dan percakapan mestilah berpandukan Islam.
Dari aspek-aspek inilah dapat diukur sejauh manakah keimanan kamu dalam
melaksanakan suruhan Allah dan RasulNya.
Tanggungjawab yang anda semua lahirkan itu merupakan satu kaedah
yang boleh menjadi tauladan kepada wanita-wanita yang lain. Di samping itu
pula, dapat dibezakan di antara golongan yang beriman lagi beramal dengan
golongan yang tidak beriman. Golongan beriman sudah tentu dihormati dan
disegani oleh setiap golongan dan lapisan masyarakat.
Duhai belia-beliawanis Islam! Andainya pakaian dan tingkah laku anda
tidak ada bezanya dengan penari-penari di kelab malam, atau pakaian kamu sama
sahaja dengan pakaian wanita-wanita yang tidak beriman, di manakah letaknya
bukti dan di manakah letaknya keperibadian sebagai wanita Islam? Iman terletak
di hati sudah tentu tidak dapat dilihat. TETAPI penzahiran keimanan dapat dilihat
dari amalan dan pakaian serta tingkah laku.
Bertudung kepala dan berpakaian menutup ‘aurat adalah di antara lambang
wanita Islam. Perkara tersebut menjadi bukti di sisi wanita Islam dan
melambangkan kemuliaan dan ketinggian moral serta budi pekerti mereka.
Awasilah diri kamu wanita-wanita Islam. Tutuplah ‘aurat kamu seperti
yang disuruh oleh Allah dan RasulNya. Dengan tudung dan pakaian demikian
kamu tak mungkin mengalami pandangan-pandangan liar, sindiran-sindiran yang
tajam dan teguran-teguran sinis dari jejaka di kaki lima. Setiap jiwa dan anggota
yang bersih, sudah pasti tidak rela dinodai..
Jika kata kata  seperti ini sudah tidak  terasa menyentuh perasaan kita, tergoda sanubari,
tentulah kita sanggup menghabiskan wang ringgit yang banyak untuk
membeli alat-alat solek, pakaian-pakaian yang mendedahkan ‘aurat .
Bukankah perbuatan ini semua untuk dijadikan ‘Free Show’, tontonan bebas, siapa
saja boleh melihat dan menatap dengan sepuas hati tanpa bayaran tertentu.


Allah s.w.t telah menciptakan manusia dengan seindah-indah kejadian.
Kaum wanita diciptakan sesuai dengan sifat keperempuanan dari segi jasmaniah
dan naluri. Oleh itu kenapakah kaum wanita rela menukarkan dari rupa paras
yang normal kepada wajah yang berlainan dari yang asal. Apakah mereka belum
berpuas hati dengan kejadian naluri yang ada pada mereka….?
Seorang sasterawana Perancis yang terkenal berkata: “Secantik-cantik
seorang gadis ialah yang tidak menyedari kerupawanannya”. Si cantik manis lagi
rupawan tidak akan berhajat kepada segala alat-alat solek kerana ia sudah berpuas
hati dengan apa yang ada padanya. Tetapi kenapakah masih ada yang berpurapura
menampakkan kejelitaannya andainya ia tidak memiliki kecantikan seindah
orang lain. Muka yang berkerut dan berbintil-bintil ditempel bedak. Bibir yang
pucat digincu. Rambut yuang pendek bagai wanita Habsyi ditambah dengan
ciptaan palsu. Yang panjang dipendekkan hingga sukar dikenali jantinanya.  Apakah dari
tindakan yang kamu ada-adakan ini semua boleh menguntungkan?
Sebenarnya pemuda yang siuman lebih mengerti manakah gadis yang asli
dan manakah pula gadis celupan. Walaupun ditampal dengan seribu jenis alat
solek, namun rugi di dunia dan di akhirat. Di dunia, kamu ditertawakan atau
dipermain-mainkan orang, sedangkan di akhirat pula, kamu pasti menerima
siksaan! teguran ini khusus utk sy agar sampaikn kpd saudara2 sy yyg terdekat.. cuma sy ingin luahkn di sini dgn harapan jua agar yg membaca ambil iktibar bersama..

tuan2 dn puan2 yg sy kasihi.. sy syg semua.. sy x nk sy dn sahabat2,tuan2 dn puan2 menerima seksaan.. bknlh sy bgs utk berkata dn mengkritik tp sy memang sdg bayangkn seksa dn azab.. bagaimana jika kena pada sy atau sahabat2 yg sy syg.. sy syg semua.. sy cuma berharap kita sama2 berubah khususnya sy yg amta perlukn bimbingan dr semua.. maafkn sy andai ada terkasar bahasa pd saat ini... krn gementar dn takut dgn allah sy melontar segalanya dn meluahkn agar sy tahu yg kaya2 sy da sampai pd sy dn semua.. tegurlh sy jua andai ada silap nya.. sy pun mcm tuan2 dn puan2... maaf sekali lagi... moga sama2 kita mendapat hidayah dr NYa..
teruskan bersama saya hanya D'POYO.FM...
ma'as salamah....

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...