Thursday, December 8, 2011

Tabarruj : Siri 2 : tradisi ber MAKE-UP

Assalamualikum sahabat2 yg saya kasihi..




sukalah utk saya mengatakan bahawa sy sayang semua...kalian ibarat keluarga sy.. kita sama aqidah dn agama.. kita adalah satu.. :D
hehe.. owh ye.. sy nk smbg ttg tabarruj hari tu.. haa.. kita nk cte lagi.. sy trlalu syg kalian yg terus membaca apa yg sy nk kogsi ni.. wow!! kalian mmg best dn TERBAIK!!! sy suka ... hehe


 sahabat2 ...

Ada di kalangan manusia yang menganggap bahawa bersolek adalah satu
tradisi bagi golongan wanita. Oleh itu sekiranya seorang perempuan
melengkapkan dirinya dengan berbagai-bagai fesyen pakaian, dan beraneka jenis
alat solek di badan, tidaklah menjatuhkan imej dan moralnya, dan tidak pula
membangkitkan keinginan setiap mata yang memandang……!
Pemikiran dan dakwaan ini sudah menyeleweng jauh dari logik dan
kebenaran. Adakah syahwat setiap manusia itu terbatas? Umpamanya seorang
suami yang berdepan dengan wanita yang lain selain dari isterinya, apakah
perasaan syahwatnya tidak akan beraksi? Jika perkara ini benar-benar berlaku,
nescaya perceraian dan pengkhianatan rumahtangga dalam masyarakat tidak akan
berlaku sama sekali. Sebagai ringkasnya, apakah anggapan ini semua betul……..? bagaimana pendapat tuan2 sekalian.. kalian bijak pandai....


Sebenarnya golongan lelaki dan wanita memiliki perlainan sifat-sifat atau
perbezaan-perbezaan sifat fizikal di samping berbeza pula di bidang naluri
masing-masing. Kaum wanita memiliki fizikal yang khas, tingkah laku mereka
lemah lembut serta memiliki hormon-hormon Fauicolone dan Prageslerone. Saya pn x tahu apa yg saya taip ni coz saya copy fakta yg penting2 ni.. sy post agar ada yg kongsi tentang sesuatu ilmu yg sy x tahu,,,tq ye..huhu..


Semua aspek ini adalah sesuai untuk menjadi seorang ibu. Sedangkan kaum lelaki pula
memiliki badan yang tegap serta tenaga yang kuat yang mengatasi tenaga kaum
wanita. Istimewa pula kaum lelaki mempunyai benih-benih zuriat (semen). Sifatsifat
ini semua sesuai pula untuk menjadi seorang bapa.
Secara umum, sifat-sifat normal tadi tidak mungkin berubah atau pun
bertukar di antara satu sama lain. Berlakunya kejadian ini semua, Allah s.w.t telah
menjelaskan di dalam ayat-ayatNya yang bermaksud: “Bukankah dia didahului
setitis mani yang ditumpahkan ke dalam rahim, kemudian mani itu menjadi
segumpal darah. Lalu Allah menciptakan dan menyempurnakan. Kemudian Allah
menjadikan daripadanya sepasang lelaki dan perempuan”(al-Qiamah: 37-39).



Allah s.w.t telah memberi amaran, khasnya ditujukan kepada orang-orang
yang beriman di dalam firmanNya yang bermaksud: “Janganlah kamu mendekati
perbuatan zina…..” (al-Israk: 32). Natijah ayat tersebut, Allah s.w.t telah
memerintahkan orang-orang Islam supaya menjauhkan diri dari sebarang
perbuatan yang membawa kepada kemungkaran. Umpamanya, penzinaan tidak
mungkin berlaku andaikata tidak didahului dengan sentuhan perasaan dan
sambutan. Oleh itu sudah menjadi syari’at Islam, apabila mengharamkan
kemungkaran, maka segala jalan yang membawa kepada kemungkaran tersebut
juga diharamkan.
Syeikh Muhammad al-Ghazali ada menyatakan: “Andai kita sudah
mengenali jenis penyakit yang dihadapi, masakan pula berlaku perbalahan cara
mengubatinya di kalangan kita.”
Rasulullah s.a.w menjelaskan lagi dengan sabdanya yang bermaksud:
“Penglihatan yang bernafsu sudah dianggap penzinaan.” Sabdanya lagi: “Tiga
jenis mata yang tidak disentuh api neraka: mata yang tidak memandang perkaraperkara
yang diharamkan Allah, mata yang berwaspada di dalam perang, mata
yang menangis kerana takutkan siksaan Allah.”
Nabi ‘Isa a.s pula bersabda yang maksudnya berbunyi: “Sesiapa yang
memandang ke arah wanita dengan perasaan berahi maka dia sudah dianggap
melakukan penzinaan di dalam hati.”


Kepuasan melalui pandangan merupakan salah satu kepuasan yang amat
besar. Sebagai bukti, cuba kita lihat, berapa banyak terdapat di kalangan
masyarakat yang sanggup menghabiskan wang ringgit yang banyak untuk
memperlengkapkan perabot rumah dalam bentuk yang indah. Umpamanya alatalat
kegunaan di dapur seperti pinggan mangkuk, gelas cawan, yang semuanya
berset (beserta berpasangan). Semua alat-alat ini beraneka bentuk dan fesyen.
Malahan ada pula di antaranya yang sengaja dipamerkan di ruang tamu. Sudah
tentu bijana-bijana yang dipamerkan itu lebih mahal dan menarik dari digunakan
di dapur. Penzahiran ini, semuanya menarik perhatian pandangan setiap tetamu
yang datang. Perbuatan ini seolah-olah tuan rumah itu membentangkan santapan
mata terlebih dahulu sebelum dihidangkan juadah makanan.
Memang benar apa yang dikatakan ‘Makanan mata lebih berharga dari
makanan mulut’. Malahan dengan melalui pandangan mata, seseorang itu terbuka
selera untuk menjamah makanan yang dihidangkan di hadapannya.
Keadaan ini semakin menjadi-jadi di kalangan masyarakat kita pada hari
ini. Cuba perhatikan, orang-orang perempuan pada zaman ini terutamanya anakanak
gadis. Mereka tidak akan keluar ke tempat-tempat belajar, kelab-kelab
wanita, tempat-tempat kenduri dan sebagainya sebelum muka ditempel dengan
berbagai alat make-up. Tujuan perbuatan ini adalah untuk menarik setiap lelaki
yang ditemui di jalan. Apatah lagi bagi pemuda-pemuda di kaki lima, bagaikan
orang mengantuk yang disorongkan bantal.
Oleh itu berwaspadalah kamu wahai orang-orang beriman. Ingatlah, ada
barang-barang di dunia ini yang boleh dipamerkan dan dilihat. Di samping itu ada
pula yang tidak boleh dipamerkan dan dilihat. Tidak dinafikan bahawa setiap
insan mempunyai perasaan (emosi) seperti suka-duka, inginkan pemandangan
yang indah, tetapi itu adalah perkara biasa atau normal sahaja. 


Dorongan syahwat tidak akan bertindak ganas jika tidak dilayani dengan mendedahkan perkaraperkara
yang membangkitkan berahi di hadapannya. Punca keberahian tidak akan
lahir tanpa pancaindera. Oleh itu memang tepat apa yang dikatakan oleh penyair
“punca maksiat terbit dari penglihatan”. Rangkaian maksud syair tersebut dapat
dilihat seperti di bawah:


Setiap kejadian dari pandangan
Bagaikan kebakaran dari serpihan
Banyak kerlingan menikam kalbu
Kalbu ditikam tanpa panahan
Selagi manusia mengikut perasaan
Bahawa di hadapan tidak kesedaran
Relakan bencana datang melanda kemuliaan
Usah disambut andai datang membawa kehancuran

sy pn agak takut2 tuan2.. kadang2 melihatkan sahabat2 sy sendiri.. em.. cuma masing2 harus segera punyai kesedaran.....apa yg baik kita ambil2.. kalian boleh fikirlah sebaiknya.. moga segala hikmahNya sampai pd kita ye... owh sy .. bertemu lagi kita pd saat akan dtg ye.. love u all laa... selamat beramal.. teruskn bsama sy hanya
D'POYO.FM

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...